Drama Korea Selatan popular, World Of The Married telah menjadi fenomena. Selepas sebulan ianya ditayangkan, drama tersebut menjadi drama yang paling dicari di platform penstriman.
The World of the Married merupakan drama mengenai pengkhianatan dalam kehidupan dan rumah tangga doktor Ji Sun-woo.
Cerita ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah drama yang penuh dengan balas dendam dan kebencian.
Drama ini diadaptasi daripada Drama Inggeris Doctor Foster. Sejak ditayangkan pada Mac, pada ketika ini World Of The Married telah mengungguli 55% daripada jumlah totonan di platform strim Viu Asia.
Jurucakap Viu berkata: “Lebih dari 55 peratus penonton Viu di Asia terus mengikuti drama bersiri yang sangat popular ini sejak awal ia ditayangkan pada pada 27 Mac 2020.”
Selain itu, rating untuk drama tersebut terus meningkat minggu demi minggu. Dan ketika ini, laman analitik data Nielsen di Korea melaporkan pada minggu pertama jumlah totontan adalah 6.3%.
Angka itu kemudian meningkat menjadi 11.88 peratus dan 13.99 peratus pada minggu kedua. Ianya kemudian meningkat menjadi 14.7% dan 18.8% pada minggu ketiga.
Dalam dua episod terakhir, jumlah tontonan drama itu meningkat kepada 18.5% dan 20.1%.
Oleh yang demikianThe World of the Married memintas Itaewon Class untuk menjadi drama dengan rating kedua tertinggi tontonannya di JTBC.
“The World of the Married” becomes the 2nd Highest-Rated drama in JTBC with 18.8% nationwide and 21.4% in Seoul, overtaking Itaewon Class.
Well, this drama might not be for everyone but it is really a good one! pic.twitter.com/jV9rLAf9q1
— A Fangirl's Heart (@AFanHeart_twt) April 12, 2020
Saat ini, drama yang dibintangi oleh Kim Hee-ae, Park Hae-joon, dan Han So-hee ini dijangka akan memintas SKY Castle yang masih menjadi drama terlaris di saluran televisyen swasta di Korea Selatan.
The World of the Married bermula dari kesempurnaan keluarga dan rumah tangga Dokter Ji Sun-woo.
Namun ianya rosak dalam satu malam ketika si isteri mengetahui suaminya selama ini curang.
Pengarah drama ini sudah mengingatkan bahawa drama ini adalah R-rated / untuk dewasa. Ini kerana beliau nak memastikan jalan cerita lebih real katanya.
Sumber: CNN Indonesia