Sebutan Kes 115 Salah Laku Kewangan Man City Akan Ditetapkan

CEO Liga Perdana Inggeris, Richard Masters sudah memberitahu ahli parlimen di UK, bahawa sebutan untuk kes melibatkan salah laku kewangan oleh Man City akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini City didapati bersalah melakukan 115 salah laku kewangan. Namun sebutan kes itu masih lagi belum dibuat.

Man City sudah berkali kali menafikan mereka pernah melanggar peraturan kewangan atau FFP.

Namun ramai peminat mempersoalkan Premier League yang dianggap pilih kasih. Sebelum ini mereka segera memotong Everton 10 mata atas satu kesalahan FFP.

Sedangkan Man City ada 115 kesalahan, tidak didakwa.

Richard Masters sebelum ini sudah menyatakan bahawa kes City ini masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu Pep Guardiola membidas pihak yang menyamakan kes City dengan Everton. Kerana menurut Guardiola kes mereka sangat berbeza.

Richard Masters turut mengesahkan perkara yang sama di mana kes ini memang tak sama.

Sebelum ini juga Man City pernah dihukum oleh UEFA kerana salah laku kewangan. Dan mereka dilarang beraksi dalam UCL.

Namun City berjaya mencabar kes itu dan berjaya membalikkan keputusan mahkamah di CAS.

Ini kerana menurut City, peraturan kewangan UEFA menyebut, untuk kes yang lebih 5 tahun, ianya dikira sudah lapuk atau tamat tempoh.

Untuk kes 115 kesalahan yang dibuat kali ini, ianya adalah di gelanggang domestik di England.