Secara Langsung Evra ‘Sahkan’ Zaha Meniduri Anak Moyes, Punca Dia Kena Tendang

Patrice Evra membangkitkan kembali khabar angin mengenai kegagalan Wilfried Zaha di Manchester United.

Dia berkata, pemain berusia 27 tahun itu gagal di United selepas dia mempunyai hubungan sulit dan meniduri anak David Moyes.

Evra ibarat mengesahkan rumors yang berlegar tentang hubungan sulit antara Zaha dan anak Moyes yang sebelum ini menjadi bahan jenaka.

Namun tidak ada kepastian sama ada perkara itu betul atau tak.

Yang pastinya, berita itu sentiasa menjadi topik yang akan dibangkitkan peminat berkenaan dengan khabar angin kenapa Zaha tiba tiba kena tendang daripada United.

Selepas beberapa tahun para peminat hanya bermain dengan spekulasi, tiba tiba Patrice Evra seolah olah menamatkan penantian semua, mengesahkan bahawa benda tu betul.

Evra pernah berkongsi ruang persalinan dengan Zaha. Jadi ramai yang mulai percaya bahawa rumors itu adalah betul.

Masa depan Zaha di United hancur sebab cinggey

Manchester United membeli Wilfried Zaha pada Januari 2013. Pada masa itu, Sir Alex Ferguson masih menjadi pengurus.

Ferguson membeli Wilfried Zaha dengan kepercayaan bahawa dia akan menjadi pemain bintang sama seperti beberapa pemain sayap legenda yang lain.

Namun, sebaliknya berlaku. David Moyes, yang meneruskan tugasnya di Old Trafford, memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat Zaha.

Wilfried Zaha segera dihantar semula ke Crystal Palace pada musim 2013/2014, walaupun dia telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sesi pra-musim.

Zaha juga sudah bermain dua perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan United.

Ada banyak spekulasi mengenai sebab Wilfried Zaha gagal mendapat tempat ketika United dikendalikan David Moyes.

Salah satunya ialah berita mengenai hubungan sulit Zaha dengan anak Moyes. Khabar angin itu sudah mulai reda, namun Evra menghangatkan dan membankitkannya semula.

“Saya rasa apa yang merosakkan kariernya di Manchester United adalah ketika dia mempunyai hubungan sulit – sama ada benar atau tidak – dengan anak perempuan David Moyes,” kata Evra kepada Sky Sports.

“Saya ingat di pra musim dia bermain setiap perlawanan, tetapi ketika berita itu keluar, dia pun keluar dari pasukan dan dia menghilang,” jelas Evra.

Kenyataan Patrice Evra segera menuai kontroversi. Sebenarnya, Sky Sports melalui hos, Kelly Cates, dengan segera meminta maaf dia atas kata-kata Evra.

Sky Sports dan Evra mendapat kecaman teruk daripada segelintir pihak kerana membangkitkan isu yang tidak pasti kebenarannya.

“Kami meminta maaf dan memahami bahawa itu sama sekali salah dan Wilfried Zaha tidak pernah bertemu dengan anak perempuan Moyes,” jelasnya.

“Kenyataan yang dibuat oleh Patrice Evra tidak benar dan kami meminta maaf atas kesilapan yang timbul,” kata Kelly Cates.

Di atas padang Wilfried Zaha beraksi cemerlang dengan menjaringkan dua gol ke atas kelab lamanya. Crystal Palace dan Zaha menang dalam aksi di Old Trafford dengan jaringan 3-1.

Zaha jelas sekali merosakkan debut Donny Van de Beek dalam aksi malam tadi.

Zaha menjadi pemain yang sangat digeruni di Palace. Malah pada musim sebelum ini beliau dikaitkan dengan minat oleh pasukan Arsenal.

Zaha kini merupakan pemain sayap yang sangat laju dan lasak.

Baca yang lain