Seekor Babi Yang Ketagih Alkohol Dijumpai Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya

Biasanya kita akan dengar hanya Manusia sahaja yang mempunyai tabiat suka minum alkohol sehingga mabuk.

Namun ada satu kisah pelik yang telah berlaku di Australia, di mana seekor Babi sering meminum Beer dan mabuk.

Tak mungkin lah seekor Babi boleh mengalami ketagihan meminum Beer bukan? Macam mana dia nak dapatkan bekalan Beer? Babi ada duit ke? Babi sekarang dah pandai shopping dekat Speed Mart ke?

Begitulah persoalan yang sering bermain difikiran kita memikirkan tentang seekor Babi yang ketagih minum Beer itu. Namun cerita sebenarnya begini.

Sekumpulan pemuda telah merancang untuk berkelah di kawasan perkhemahan Port Hedland,Australia.

Pada malam itu mereka telah bergembira, bernyanyi dan menikmati suasana malam yang indah dengan meminum Beer bersama-sama.

Mereka terlupa untuk mengemas sisa Beer yang tinggal dan terus masuk ke dalam khemah untuk tidur.

Tanpa mereka duga dan terfikirkan bahawa akan ada tetamu yang hadir dan menikmati sisa Beer mereka. Beberapa jam selepas mereka tidur salah seorang dari mereka terdengar bunyi bising di luar khemah mereka.

Beliau pun meninjau untuk melihat apa yang berlaku hingga menyebabkan suasana begitu bising.

Swino yang dijumpai sudah mati

Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati bunyi bising itu datang dari seekor Babi yang sedang meminum sisa Beer mereka yang ditinggal di luar khemah.

Babi itu menikmati kesemua Beer yang tersisa dan beraksi lucu seperti orang mabuk yang tidak beradap sopan.

Lebih lucu lagi menurut beliau, Babi itu kemudian menyerang seekor lembu yang ada disana.

“Biasanya lepas minum banyak perut akan lapar,mungkin kerana itulah Babi itu menyerang Lembu yang ada disana”

Saya lihat selepas Babi itu menyerang Lembu yang ada di sana, Babi itu mula menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan sisa makanan yang terbuang.

Selepas puas memakan sisa makanan yang tingga serta cukup mabuk, Babi itu dilihat pergi ke tepian sungai meminum air sungai dan berlalu pergi.

Menurut penduduk setempat, Babi itu memang sering muncul ke kawasan perkhemahan untuk mencari sisa makanan yang tinggal untuk di makan dan Uniknya Babi itu sememangnya gemar meminum apa jua jenis minuman beralkohol.

Babi yang diberi nama “Swino” oleh penduduk tempatan itu sering mabuk di waktu malam dan berperangai seperti manusia yang terlebih dos alkohol.

Si Babi kecil yang nakal itu sering membuat aksi lucu ketika beliau mabuk.

Babi itu sudah terlalu ketagih meminum alkohol, beliau akan keluar setiap malam semata-mata untuk mencari alkohol yang tersisa untuk diminum.

Namun seperti kita Manusia ni semua tahu. Amalan meminum minuman yang keras ini sangat tidak baik dan akan memberi kesan buruk kepada yang ketagih meminumnya.

Swino sudah tidak mampu dikawal, hampir setiap hari beliau akan pulang dengan keadaan mabuk.

Hinggalah pada suatu hari Swino dijumpai mati dilanggar kereta. Menurut Fionna Findley beliau yakin seekor Babi yang ditemui mati di pinggir jalan tempat beliau bekerja itu adalah Swino.

“Saya yakin Babi itu adalah Swino kerana ia mempunyai tanda yang aneh di telinganya.”

Begitulah pengakhiran kisah hidup seekor Babi yang ketagih meminum alkohol.

Baca yang lain