Sehari Selepas Kembali, Pogba Alami Kecederaan Ketika Buat Latihan ‘Free Kick’

Musim pertama kepulangan semula Pogba ke Juventus penuh dengan liku. Bermula daripada mengalami kecederaan panjang kerana latihan pra musim, kemudian digantung oleh Allegri kerana masalah disiplin.

Bintang antarabangsa Perancis itu kini berdepan dengan satu lagi kecederaan yang membuatkannya perlu berehat sekali lagi.

Pogba yang sudah kembali semula ke dalam pasukan selepas menjalani penggantungan oleh kelab kerana lewat hadir ke dalam taklimat pasukan.

Namun sayangnya, hanya sehari dia kembali berlatih dia sudah perlu berehat lagi.

Dia membuat debut beberapa minggu lalu. Namun kemudiannya digantung dan kini perlu disisihkan.

 

Pogba perlu berehat lagi kerana cedera. Kecederaan itu dialaminya ketika melakukan latihan sepakan percuma. Kecederaan itu di bahagian pangkal paha kanannya.

Juventus mengesahkan bahawa pemain itu sedang menjalani proses rehabilitasi. Kecederaannya itu dianggap bukan kecederaan serius.

Namun dia dijangka akan berehat sekitar 20-30 hari.

Allegri berkata: “Pagi ini Pogba telah mengambil sepakan percuma dan merasakan kedutan pada adductornya.”

“Dia akan menjalani ujian esok tetapi pastinya tidak akan berada di sana pada Khamis atau Ahad depan.”

“Jadi kita akan berjumpa dengannya selepas rehat untuk tugasan antarabangsa.’

Allegri juga mengesahkan bahawa Pogba ditetapkan untuk mempunyai 30 minit masa perlawanan menentang Sampdoria, sebelum kecederaannya menjadikannya mustahil.

Pemain tengah itu membuat lebih 120 penampilan untuk Juventus antara 2012 dan 2016, sebelum berpindah ke Manchester United.

Dan kini hanya bermain 35 minit bersama kelab itu selepas menyertai Juve secara percuma dengan yuran pendapatan sekitar €10 juta semusim.

Pogba kembali ke Juventus pada musim panas lalu dengan kontrak empat tahun.

Tetapi dia bergelut dengan kecergasan pada musim kepulangannya. Dia mengalami kecederaan lutut dua minggu selepas menyertainya kelab.

Debut keduanya tertangguh, dan pemain Perancis itu kemudiannya memerlukan pembedahan yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi di Piala Dunia.

Beberapa bulan lalu Calcio Mercato melaporkan bahawa Max Allegri sudah berputus asa dengan tahap kecergasan Paul Pogba.

Dan sedia menjual atau melepaskan pemain itu pada jendela perpindahan akan datang. Pogba kini dianggap sebagai injury prone. Dan ianya bukan perkara yang bagus untuk Juventus yang bergelut dengan masalah kewangan.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.