Sehari Selepas Lupa Daftar Haller, Onana Pula Digantung Setahun

Sudah jatuh ditimpa tangga mungkin itulah perumpamaan yang paling tepat menggambarkan situasi di Ajax Amsterdam pada ketika ini.

Semalam peminat Ajax Amsterdam dikejutkan dengan berita kesilapan bodoh pengurusan yang terlupa mendaftarkan nama Sebastian Haller dalam senarai pasukan UEL mereka.

Pada hari ini Ajax menerima satu lagi tamparan hebat apabila penjaga gol mereka, Andre Onana dikenakan penggantungan 12 bulan.

Ajax mungkin harus berasa sedikit lega kerana hukuman itu tidak lebih berat daripada 12 perlawanan. Ini mungkin kerana UEFA mempertimbangkan situasi Onana yang ketika itu mengambil barangan terlarang untuk merawat kesakitan.

Tetapi Ajax tetap merasakan hukuman itu tidak wajar dan seharusnya dibatalkan ataupun dipendekkan.

Ajax dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

UEFA melarang Andre Onana selama dua belas bulan.

“Badan disiplin persatuan bola sepak Eropah, UEFA, telah menjatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan kepada Andre Onana kerana melanggar peraturan doping.

Setelah pemeriksaan “di luar pertandingan” pada 30 Oktober tahun lalu, UEFA mendapati penjaga gol ada bahan Furosemide dalam air kencingnya.

Pengantungan ini berkuat kuasa mulai hari ini dan tertakluk untuk semua aktiviti bola sepak, baik di kelab dan antarabangsa.

Pada pagi 30 Oktober, Onana berasa tidak sihat.

Dia mahu mengambil pil untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Namun, tanpa disedari, dia mengambil Lasimac, ubat yang telah diberikan oleh isterinya sebelumnya.

Kekeliruan Onana dalam dirinya membuatkan dia tersalah mengambil ubat yang diberikan isterinya, akhirnya menyebabkan tindakan ini diambil oleh UEFA terhadap penjaga gol tersebut.

Tambahan pula, badan disiplin persatuan bola sepak telah menyatakan bahawa Onana tidak mempunyai niat untuk menipu.

Walaubagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Eropah percaya berdasarkan peraturan anti-doping yang berlaku, bahawa seorang atlet mempunyai tugas setiap saat untuk memastikan bahawa tidak ada bahan terlarang yang masuk ke dalam badan.

Onana dan Ajax akan merayu keputusan tersebut ke Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS).”

Pengarah Urusan Edwin van der Sar: “Kami secara terang-terangan tidak mengambil kesemua jenis ubatan yang meningkatkan prestasi, dan jelas kami mahukan sukan yang bersih.

Ini adalah tamparan yang sangat buruk, bagi Andre sendiri tetapi juga untuk kita sebagai sebuah kelab.

Andre adalah penjaga gol berkelas dunia, yang telah membuktikan nilai untuk Ajax selama bertahun-tahun dan sangat popular di kalangan peminat.

Kami berharap penggantungan bersyarat atau penggantungan lebih pendek daripada dua belas bulan ini, kerana boleh dikatakan tidak bertujuan untuk menguatkan tubuhnya dan dengan demikian meningkatkan prestasinya. “

Andre Onana dikaitkan dengan banyak kelab besar di Eropah selepas aksi cemerlangnya dengan Ajax dalam beberapa musim ini.

Sebelum ini Onana menjadi sasaran Chelsea. Tetapi Ajax dengan jelas tidak mahu menjual pemain itu. Chelsea akhirnya mendapatkan Edouard Mendy.

Baca yang lain