Sehari Selepas Menganggur Dipecat UMNO, KJ Bakal Jadi CEO JDT Dan Penasihat Belia Johor

Khairy Jamaluddin baru sahaja dipecat oleh UMNO. Dan pada hari ini pemilik JDT iaitu TMJ terus membayangkan bahawa ahli politik itu akan menjadi sebahagian penting keluarga JDT.

Khairy Jamaluddin bukanlah nama asing dalam arena bola sepak. Dia antara individu penting dalam mewujudkan projek AMD sebelum ini.

Tokoh yang mesra dengan panggilan KJ itu juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Malah, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga pernah bertugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.

KJ merupakan nama besar dalam bidang politik. Namun pergolakan dalaman parti membuatkan KJ terpaksa akur dengan keputusan majlis tertinggi UMNO untuk memecatnya.

TMJ tidak menunggu lama untuk menyambar khidmat KJ.

TMJ menerusi muat naik IG Storynya menulis kapsyen:

“Bakal CEO JDTFC dan Penasihat Belia Negeri Johor.”

JDT kini dalam rangka persiapan pra musim di Dubai berdepan dengan beberapa kelab dari Eropah.

JDT dalam misi mempertahankan kesemua piala domestik pada musim hadapan. Ini selepas pencapaian gemilang mereka menamatkan musim dengan Treble serta trofi sumbangsih.

JDT sudah mengumumkan beberapa muka baharu di dalam pasukan mereka termasuk ketua jurulatih.

Nampaknya JDT masih lagi pasukan pilihan utama untuk menjadi juara Liga Super musim hadapan.

Selain daripada aksi di peringkat domestik, JDT juga sekali lagi akan beraksi bersama kelab handala Asia yang lain dalam Liga Juara Juara Asia / AFC Champions League.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil