Sehari Selepas Menjadi Terkaya Di Dunia, Sekali Lagi Elon Musk Jadi Kedua Balik

Elon Musk dan Jeff Bezos ketika ini seperti pelari 800 meter yang saling pintas memintas. Minggu lalu [ada Jumaat, Forbes melaporkan Elon Musk menjadi manusia terkaya di dunia memintas Jeff Bezos.

Pada Isnin, Jeff Bezos dilaporkan mengambil alih semula tahta. Elon Musk mencatatkan kerugian $14 billion, sehari selepas beliau menjadi manusia terkaya pada hari sebelumnya.

Saham Tesla jatuh 8% pada Isnin, dan membuatkan Elon Musk kerugian sekitar $13.5 billion, dan hartanya jatuh kepada $176.2 billion.

Namun pada Selasa Elon Musk kembali menjadi terkaya di dunia. Ianya kerana kenaikan pada saham Tesla yang meningkat 0.6% yang bernilai sekitar $1 billion.

Pada Rabu, Jeff Bezos naik ke tangga pertama sekali lagi selepas saham Amazon naik 1.5% lagi, membolehkan Bezos menambah kekayannya sebanyak $2.4 billion lagi kepada $184.9 billion.

Itu yang menjadikan Jeff Bezos sebagai manusia terkaya di dunia sekali lagi menurut Forbes. Kekayaan Bezos pada hari ini hanyalah $200 juta sahaja daripada Elon Musk yang sudah mengumpul kekayaan sebanyak $184.7 billion.

Sebelum ini Jeff Bezos sangat selesa di atas dengan menjadi manusia pertama mendapat kekayaan lebih $150 billion. Namun Elon Musk terus mendaki dan mengejar Bezos.

Tahun 2020 menyaksikan tahun terbaik untuk Elon Musk apabila saham Tesla menokok 720% dan membolehkannya menamatkan tahun 2020 dengan kekayaan $160 billion.

Sebagai perbandingan, pada Mac 2020, kekayaan Musk adalah sekitar $24.6 billion.

Dengan kekayaan mereka bernilai lebih $184 billion, mereka berdua meninggalkan orang ketiga terkaya di dunia iaitu Bernard Arnault dengan beza $30 billion. Arnault kini memiliki kekayaan sekitar $150.5 juta.

 

Baca yang lain