Sejak Messi Dan Neymar Pergi, Jersi PSG Tak Laku Teruk

Paris St Germain  (PSG) sedang dilanda masalah dari segi penjualan jersi. Pengurusan PSG ternyata buntu melihat jualan jersi kelab itu di peringkat global menjadi sangat suram.

Sebelum ini PSG antara kelab paling berjaya dalam jualan jersi. Ianya memberikan kesan kepada tajaan mereka. Di mana produk Nike Jordan turut menjadikan mereka kelab eksklusif.

Kuasa tajaan terbesar mereka adalah pada era Neymar dan kemudian Lionel Messi. Sebelum itu mereka juga pernah ada nama seperti David Beckham. Tetapi tarikan pada era Neymar dan Messi sangat kuat dari segi komersial.

Kini ketiadaan Messi dan Neymar telah memberikan kesan kepada penjualan jersi mereka. Keadaan menjadi buruk apabila Kylian Mbappe turut meninggalkan kelab tersebut.

Seterusnya pendapatan Ligue 1 juga merosot kerana tiada tarikan dari penyiaran di luar negara. PSG menanggung kos operasi yang sangat besar. Mereka sedaya upaya mahu memastikan akaun FFP mereka sihat.

Berbalik kepada jualan jersi. Mereka mendapat bonus tambahan sehingga 20% hasil keuntungan jualan jersi.

Malangnya pada masa ini tiada penaja yang membida tajaan lumayan untuk PSG bagi kontrak baharu. Dan mereka sedang menantikan tawaran lumayan untuk menaja jersi mereka.

Nasser Al Khelaifi sebelum ini mahu mendapatkan Victor Osimhen untuk membantu menaikkan publisiti kelab itu dan mahu menjadikannya superstar menggantikan Mbappe.

Tetapi pemain itu terlalu mahal membuatkan PSG tidak sanggup membayar EUR 250 juta untuknya. Seterusnya ada laporan menyatakan PSG berminat menjadikan Lamine Yamal sebagai bintang utama kelab itu yang boleh dijadikan bintan masa depan untuk jangka masa panjang.

Segalanya tidak memihak kepada PSG ketika ini. Dengan set pemain yang mereka ada tiada pemain yang benar benar boleh menjadi kuasa publisiti.