Sejarah Dan Sebab Kenapa Orang Vietnam Ramai Bernama ‘Nguyen’

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia di antara Vietnam dan Indonesia, terdapat 3 ‘Nguyen’ berada dalam senarai penjaring. Bukan pemain yang sama. Dan hanya seorang sahaja yang bukan dengan nama keluarga Nguyen.

Sejarah panjang nama Nguyen

Jika di Turki mereka kerap menggunakan nama pertama dengan Hakan dan Emre.

Manakala di Iceland mereka menggunakan hujung nama dengan son merujuk kepada anak lelaki dan dottir merujuk kepada anak perempuan.

Di Vietnam pula kita seringkali mendengar nama mereka adanya Nguyen.

Bagi peminat bola sepak nafas ini selalu melihat majoriti pemain Vietnam dengan nama Nguyen.

Nama “Nguyen” ini dipercaya berasal dari nama keluarga dari bahasa Mandarin “Ruan”.

Malah nama Nguyen ternyata ada sejarah yang sangat panjang dalam sejarah ketamadunan di Vietnam.

Keruntuhan dinasi Ho

Dinasti Ho runtuh pada tahun 1407, peristiwa itu juga membuat ramai di antara klan mereka yang mengubah nama keluarga menjadi Nguyen karena takut akan pembalasan.

Mereka dikuasai oleh kekuasaan bangsawan daripada dinasti Nguyen ataupun Nguyen Lords.

Keturunan bangsawan Nguyen benar-benar mengambil alih kekuasaan pada 1682, setelah Dinasti Moc juga mengalami kegagalan pada 1592.

Keistimewaan keturunan Nguyen

Rakyat yang berada di jajahan mereka menggunakan nama Nguyen untuk mengelak membayar cukai dan pemerasan. Di sinilah terdapat sebab kenapa nama Nguyen mulai disalah guna.

Mereka yang ada kaitan dengan Dinasti Moc mulai melarikan diri ke tempat lain terutama sekali ke China. Namun lebih ramai memilih menukar nama menjadi Nguyen.

Kini populariti nama Nguyen sangat tinggi di Vietnam dan banyai dipakai oleh orang-orang dari kalangan politik, olahraga, dunia hiburan dan juga bidang lain.

Malah nama Nguyen mulai berkembang sehingga ke Australia dan menyaingi nama popular di sana seperti nama Smith di Sydney, dan Adelaide.

Hingga pada 2013, nama Nguyen berjaya memecah masuk dalam 13 besar nama paling popular di Australia menurut Ancestry.com dan White Pages Online.

Malah sudah ramai nama Nguyen ni berjaya di luar negara dan terkenal.

Ada juga artis yang berlakon dalam film 21 Jumpstreet, Dustin Nguyen dan pencipta game Flappy Bird, Dong Nguyen.

Adakah Semua Nguyen Bersaudara?

Melihat 40% masyarakat Vietnam semuanya menggunakan nama Nguyen, jadi muncul pertanyaan sama ada mereka ni ada pertalian?

Dengan melihat juga kesebelasan utama pemain Vietnam menentang Indonesia di mana ada 5 daripadda 11 pemain mereka bernama Nguyen maka ianya menunjukkan fakta memang lebih 40% orang di Vietnam menggunakan nama Nguyen.

Seterusnya, menerusi sejarah di atas jelas sekali tak semua mereka bersaudara. Malah tak melambangkan pun mereka daripada suku kaum darah kerajaan Nguyen pada masa lampau.

Ianya sama dengan seperti penggunaan nama Emre dan Hakan di Turki yang tidak sama sekali merujuk kepada susur galur keluarga mereka.

Ianya lebih kepada pemilihan nama atas ikut suka hati. Dan ramai selesa menggunakannya untuk menunjukkan rasa pemilikan kepada sesuatu nama glamor di negara mereka.

Namun ramai juga yang meletakkan nama Nguyen pada anak mereka dengan harapan anak itu akan menjadi orang berpengaruh seperti bangsawan Nguyen.

Biasanya orang Vietnam tak akan memanggil nama pertama jadi tiada masalah kekeliruan pun di antara mereka.

Sama juga dengan team bola sepak mereka.

Kalau tak pasti pening semua panggil Nguyen termasuk lelaki dan perempuan.

Pada hari ini nama Nguyen sudah mendunia. Mana taknya, migrasi dan globalisasi membuatkan orang Vietnam keluar dan di luar negara mereka memakai nama Nguyen.

Di Eropah dan Amerika Syarikat, orang Vietnam yang tinggal di sana selesa menamakan nama anak mereka Nguyen sebagai ekstensial kepada darah Vietnam.

Di Vietnam kerajaan mereka juga mengambil langkah menangani masalah nama Nguyen ini.

Malah kini terdapat 13 nama sub Nguyen yang dicadangkan oleh kerajaan.

Nguyen Phuoc atau Nguyen Phuc (ini keturunan langsung dari dinasti Nguyen Lords Demi menjaga originaliti Nguyen sebenar)

Nguyen Ton (setaraf dengan anggota dinasti Nguyen Lords tapi bukan keturunan langsung dinasti Nguyen Lords)

Yang lain ialah:

Nguyen Dinh
Nguyen Huu
Nguyen Canh
Nguyen Khac
Nguyen Tien
Nguyen Duc
Nguyen Minh
Nguyen Ngoc
Nguyen Van
Nguyen Quang
Nguyen Xuan

So korang pilih la sendiri.

Baca yang lain