Sejarah : Logo Yang Pernah Digunakan Liverpool Dari 1892 – Kini

Pada tahun 1892, Liverpool ditubuhkan hasil daripada air tangan John Houlding yang merupakan pemilik Anfield pada ketika itu. John Houlding terpisah dari Everton pada tahun 1892, oleh kerana John Houlding ingin menaikkan harga sewaan Anfield dari £100 hingga £250.

Akibat rasa tidak berpuas hati dari pihak Everton, mereka meninggalkan Anfield dan John Houlding. John Houlding menggunakan konsep “Peduli apa aku, korang tak nak sewa aku buat team sendiri”.

Hasil daripada itu, 3 hari selepas Everton meninggalkan Anfield. John Houlding menubuhkan pasukan yang bernama Liverpool FC sehingga sekarang.

Apabila kita berbincang berkenaan Liverpool sudah semestinya Logo atau Lencana sangat berkait rapat. Jadi marilah kita bincangkan bagaimana evolusinya dan bagaimana logo Liverpool yang sekarang boleh terhasil.

1892 – 1953

Dari Tahun 1892 – 1953

Lencana atau lambang ini adalah lencana pertama ketika penubuhan pasukan Liverpool FC. Ia telah digunakan pada sebelum perang dunia kedua. Logo ini telah diambil daripada Logo rasmi bandar rasmi Liverpool pada zaman itu.

Untuk pengetahuan anda, Liverpool pada zaman itu amat terkenal dengan bandar perlabuhan termaju di kota Inggeris pada ketika itu. Jadi lukisan lambang bandar Liverpool ini telah diinsipirasikan dengan kemajuan pelabuhan bandar Liverpool pada ketika itu.

Dengan meletakkan simbol “Roman God of freshwater and sea” iaitu Dewa Neptune dari Rom yang merupakan dewa Air Tawar dan Laut (Neptune) dan “Greek God and messenger of sea” iaitu Dewa Triton dari Greek yang merupakan utusan laut.

Selain itu, terdapat perkataan berbahasa latin “Deus Nobis Haec Otia Fecit” yang membawa maksud “God hath granted us this ease” dan dalam bahasa melayunya Tuhan telah memberikan kita kemudahan ini.

Dengan logo Liverbird di tengah-tengah logo yang merupakan Lambang kemegahan bandar Liverpool sejak zaman berzaman. Logo/Lencana ini juga telah digunakan dalam buku program perlawanan bermula pada tahun 1937.

Namun pada lewat tahun 1940-an Liverpool telah mempunyai logo alternatif untuk digunakan di barang-barang merchandise mereka. Selain itu, logo ini hanya digunakan di buku program perlawanan, di kepala surat pasukan, barangan ‘merchandise’ dan lain-lain lagi.

Sekali imbas nampak seperti logo Manchester United bukan?

Anda jangan salah faham, kami ini menjelaskan bahawa evolusi Logo Manchester United yang telah digunapakai sekarang dicapai  pada tahun 1960 dan Liverpool telah menggunakannya pada lewat tahun 1940.

Done claim.

1950 – 1955

Setelah tamat perang dunia kedua, Liverpool FC menghadapi sedikit masalah untuk menggunakan logo yang sama seperti sebelum ini. Kerana tidak mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Liverpool untuk menggunakan logo bandar Liverpool sebagai logo kelab.

Oleh kerana itu telah membuatkan Liverpool melakukan beberapa pertukaran rekabentuk logo mereka. Dengan hanya mengekalkan Liverbird sebagai teras utama dalam rekabentuk logo mereka.

Logo ini merupakan logo pertama pasukan Liverpool yang menggunakan Livebird sebagai teras. Apa yang lebih menarik logo ini merupakan logo pertama yang telah digunakan di jersi Liverpool.

Jersi pertama Liverpool yang menggunakan logo di jersi adalah jersi away pada tahun 1950 ketika menentang Arsenal pada perlawanan Final FA Cup.

1955 – 1968

Logo Liverpool telah dilakukan reka bentuk semula pada tahun 1955. Dengan hanya meletakkan tulisan LFC pada lencana tersebut.

Lencana ini menjadi lencana pertama yang telah digunapakai secara rasminya di jersi ‘Home’ pasukan Liverpool dan secara rasminya digunakan pada jersi Liverpool yang lain. Reka bentuk ini berterusan dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun 1968.

Selepas itu Liverpool telah membuang bentuk bujur di lencana tersebut. Dan masih mengekalkan Liverbird sebagai lencana Liverpool. Kemudian tidak lama selepas itu, reka bentuk ini digunakan semula diantara tahun 1976 hingga 1985 dengan jahitan berwarna kuning keemasan.

1987 – 1992

Pada tahun 1987, Liverpool telah melakukan rekaan semula logo mereka. Dengan meletakkan bentuk perisai mengelilingi Liverbird.  Versi ini merupakan logo versi pertama yang meletakkan nama ‘Liverpool Football Club’ di jersi pasukan Liverpool.

Logo ini sangat terkenal dikalangan peminat Liverpool yang dikategorikan sebagai otai, kerana boleh dikatakan Liverpool mula berkembang ke Asia dan seluruh dunia adalah pada sekitar tahun logo ini digunakan.

Ia sangat sinonim dengan Liverpool sehingga kini, kerana sering dilihat terpampang pada jersi versi retro yang dicetak semula untuk jualan. Antara pemain yang terkenal dengan corak logo ini adalah Ian Rush, John Aldridge, Ray Houghton dan Kenny Daglish.

Selain itu, logo ini juga telah menjadi saksi kali terakhir Liverpool memenangi kejuaraan liga iaitu pada 30 tahun yang lepas.

1992-1993

Logo ini telah direka dan diciptakan khas sempena 100 tahun penubuhan kelab. Namun logo ini hanya digunakan untuk semusim sahaja.

Tulisan “100 years” menunjukkan bahawa pada tahun tersebut merupakan 100 tahun kelab bernama Liverpool telah ditubuhkan dan dibawah logo tersebut tertera tahun kelab ditubuhkan dan tahun semasa logo tersebut dilancarkan.

Selain itu,  penambahbaik beberapa ciri dalam lencana tersebut dengan meletakkan “The Shankly Gates” yang digunakan sehingga kini dan tajuk lagu keramat pasukan Liverpool yang mulai popular pada ketika itu iaitu “You’ll Never Walk Alone”.

1993-1999

Selepas tahun 1993, Liverpool masih mengekalkan hampir keseluruhan rekaan logo mereka pada musim lepas. Imej “The Shankly Gates” dan “You’ll Never Walk Alone” pada logo tersebut telah dikekalkan.

Liverpool hanya menambah rekaan “Eternal” pada bahagian sisi logo mereka. Demi memperingati tragedi buruk yang telah berlaku di Hillsborough dan telah mengorbankan 96 nyawa pada tahun 1989.

1999 – Sekarang

Logo ini telah direka bentuk pada 1999 dan digunakan pada jersi pasukan Liverpool hingga tahun 2012.
Selepas itu logo ini tidak lagi digunakan pada jersi. Tetapi masih lagi dikenali sebagai logo rasmi pasukan Liverpool.Ia masih diguna pakai di barangan Liverpool yang lain seperti barangan merchandise rasmi, kepala surat rasmi pasukan Liverpool dan sebagainya.
Logo ini masih lagi dikenali sebagai logo rasmi Liverpool, walaupun tidak lagi digunakan pada jersi pasukan.
Mengekalkan identiti yang sama seperti sebelum ini, iaitu Shankly Gates, You’ll Never Walk Alone dan Eternal Flames pada logo tersebut. Cuma menambahbaik dan menukar beberapa warna supaya kelihatan lebih eksklusif berbanding sebelum ini.

2017-2018 (125 Ulangtahun Penubuhan Liverpool) 

Rekaan logo ini digunakan dan direkakan khas sempena memperingati 125 tahun penubuhan pasukan Liverpool FC. Namun, ia hanya digunakan pada musim tersebut sahaja.

Terdapat 2 jenis reka bentuk, yang pertama hanya digunakan sebagai logo rasmi dan tidak digunakan pada jersi pasukan. Logo yang kedua digunakan pada jersi Liverpool sepanjang musim tersebut, malah ia juga digunakan pada barangan cenderamata rasmi Liverpool.

Corak dan reka bentuk yang sama, hanya meletakkan tahun kelab ditubuhkan dan tahun semasa di sisi logo. Di bahagian bawah logo “125 years” menunjukkan usia kelab bernama Liverpool FC.

2012- sekarang

Lambang/lencana ini direka selepas 2012 untuk digunakan kepada jersi rasmi pasukan Liverpool.

Tujuan Liverpool hanya meletakkan Liverbird sebagai logo di jersi adalah untuk meminimakan rekaan logo di jersi. Jadi bila sekali pandang kita nampak sedap ja, malah tidak serabut kepala. Power kan?

Selain itu, ia juga dapat memudahkan kerja syarikat printing. Engkau nak lukis sendiri pon senang. Betul tak?

Logo ini digunakan sehingga sekarang. Tak kiralah jersi fake atau jersi original ia masih menggunakan logo yang sama.

Baca yang lain