Sejarah Ringkas Black Friday, Hari Diskaun Barangan

Sejak beberapa hari ini kecoh dengan promosi Black Friday. Sebenarnya ia dah berlaku sekian lama mungkin korang tak perasan.

Terdapat promosi sana sini dengan tawaran menarik sempena black Friday.

Dalam beberapa tahun ini istilah ini menjadi lebih popular di kalangan kita semua kerana lebih ramai ahli pihak yang terlibat dalam Black Friday. Terutama sekali peniaga ataupun platform jualan atas talian.

Namun tahukah anda sejarah dan dari mana asal usul istilah Black Friday?

Black Friday merupakan satu peristiwa yang pernah berlaku kesan daripada satu peristiwa lain yang berlaku iaitu kegawatan ekonomi pada 24 September 1869.

Ada 2 peniaga di Wall Street iaitu Jim Fisk dan Jay Gould telah memborong emas di Amerika Syarikat dengan harapan harga emas tersebut akan melonjak naik dan mereka boleh untung besar.

Namun tindakan mereka itu telah membuatkan harga emas jatuh dan ramai pelabur di Wall Street muflis.

Ia memberikan kesan yang teruk kepada ekonomi di Amerika Syarikat.

Kesan

Beberapa tahun kemudian, selepas hari Thanksgiving, ia adalah hari dikaitkan dengan Black Friday. Kenapa?

Thanksgiving merupakan perayaan tersendiri di AS dan diiktiraf sebagai hari cuti.

Biasanya orang AS akan menggunakan hari berikutnya selepas Thanksgiving sebagai hari nak membeli barangan terutama sekali persiapan untuk Natal pada akhir Disember.

Ketika itu para peruncit dan peniaga di AS mulai merasakan ekonomi mereka semakin baik dan pulih.

Dan mereka mulai menjual barangan mereka dengan harga lebih murah ataupun diskaun.

Lalu terciptalah istilah Black Friday yang pertama kali dari seorang pegawai polis di Philadelphia.

Ianya ketika itu hari di mana para peniaga menjual barangan murah selepas Thanksgiving Dan kebetulan jadual ragbi antara Tentera Darat dan Tentera Laut AS.

Jadi, sangat ramai orang berkumpul di satu tempat. Sambil membeli belah sambil layan perlawanan ragbi.

Kenapa Black Friday

Istilah ini awalnya merujuk kepada rungutan dan konotasi negatif. Selepas 1950-an Black Friday iaitu hari selepas Thanksgiving, merujuk kepada satu hari di mana orang berpusu pusu datang ke tempat beli belah.

Kenapa polis memanggil ia hari Jumaat yang gelap?

Ini kerana budaya membeli pada hari tersebut mula menyebabkan masalah lain timbul termasuk kesesakan lalulintas, kes seluk saku, dan banyak lagi.

Hari itulah yang membuatkan ramai pegawai polis bekerja lebih masa dan membatalkan cuti kerana mengendalikan keadaan sibuk dan pelbagai masalah daripada Black Friday.

Istilah itu mulai digunakan oleh polis polis di daerah lain merujuk kepada sehari selepas Thanksgiving.

Para peniaga awalnya tidak suka dengan istilah itu kerana dikatakan memberikan konotasi negatif.

Mereka mulai mengubahnya kepada sesuatu yang positif. Dan muncullah istilah Big Friday. Namun istilah itu tak diterima dan tetap orang kekal dengan Black Friday.

Peranan media

Media memainkan peranan yang penting. Dengan perkembangan media cetak dan elektronik. Mereka mulai menjadikan istilah Black Friday sebagai istilah yang merujuk kepada hari beli belah dengan harga diskaun.

Antaranya adalah iklan membeli belah pertama dengan nama Black Friday adalah pada 1966 digunakan oleh The American Philatelist.

Dan pada lewat 1980-an istilah Black Friday menjadi semakin luas digunakan dan para peniaga sendiri mempromosi besar besaran hari tersebut.

Pada hari ini bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di seluruh dunia termasuk Malaysia menggunakan istilah Black Friday sebagai hari yang korang boleh tanda pada kalendar untuk mendapatkan diskaun barangan yang anda sukai.

Dan memang betul pun hari Black Friday ni tetap hari gelap untuk pihak polis dan petugas keselamatan. Kan?

Apa yang pasti pada hari ini kesibukan untuk black Friday itu bukan sahaja dirasai oleh peniaga yang di kedai ataupun pasaraya tetapi mereka yang berniaga online juga.

Ia tetap memberikan senyuman kepada para peniaga apabila berjaya menjual barangan mereka. Pembeli pula dapat barang yang mereka inginkan pada harga lebih murah.

Baca yang lain