Jika sebelum ini Malaysia menjadi mangsa kepada India. Membuatkan netizen Indonesia menganggap Malaysia sebagai memalukan.
Pada aksi final giliran Indonesia pula merasai sendiri kekuatan India yang ternyata menjadi kuasa baru badminton dunia.
Juara bertahan Piala Thomas Indonesia dikejutkan India dalam aksi final edisi 2022.
INDIA SCRIPT SPORTING HISTORY!ย ๐จ๐จ๐จ
The Indian Shuttlers beat Indonesia 3-0 in the Thomas Cup final to win their maiden title.ย ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ณ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ๐ฅ#IndianSports #Badminton pic.twitter.com/G3UQIf0qAV
โ Sportskeeda (@Sportskeeda) May 15, 2022
Ianya dianggap kisah dongeng menjadi nyata oleh media di India. Tiada siapa yang menyangka negara yang dianggap bukan kuasa besar dalam badminton itu meningkat mendadak dalam beberapa tahun ini dan kemudian menjadi juara Piala Thomas.
India memang ada ramai pemain berbakat, dalam sejarah mereka, namun untuk membentuk satu pasukanย yang berupaya memenangi Piala Thomas ianya tak pernah kita semua fikirkan.
Hari ini Indian mencipta sejarah memenangi Piala Thomas sulung โ yang pertama dalam sejarah negara mereka.
Perlawanan pada mulanya kelihatan seperti medan mudah untuk Indonesia apabila Anthony Ginting mendominasi perlawanan set pertama.
Anthony hampir tidak memberi peluang kepada Lakhsya Sen untuk bernafas apabila dia memenangi 12 mata berturut-turut untuk mengutip mata permainan daripada 8-7.
Bagaimanapun, Sen bangkit pada perlawanan untuk set kedua. Dia kelihatan seperti pemain yang berbeza apabila dia dapat menjawab pukulan daripada Anthony.
Sen malah mendahului 9-5.
Dalam rali 46 pukulan, Seen membuatkan Anthony jadi keliru apa sebenarnya berlaku. Dia ternyata menentang โpemain yang berbezaโ.
Sen menewaskan Anthony dengan skor 21-17 pada set kedua.
Pada set penentuan Lakhsya Sen berjaya mengejutkan Anthony Ginting dengan kemenangan bergaya.
Lakshya Sen has given India an unexpected lead after beating Anthony Ginting in the opening match of the Thomas Cup Final. ๐ฎ๐ณ1๏ธโฃ-0๏ธโฃ๐ฎ๐ฉ
Follow all the action as defending champions Indonesia look to fight back! ๐ฝ@bwfmedia @lakshya_sen @sinisukaanthonyhttps://t.co/lI5RSGx4Mz
โ The Olympic Games (@Olympics) May 15, 2022
Indonesia kemudian tampil dengan beregu Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo untuk bertemu Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty.
Kali pertama dia muncul dalam final kejuaraan pasukan, Kevin ternyata garang.
Bersama Ahsan, Kevin cukup dominan. Namun mereka mulai kelihatan goyah pada akhir set pertama. Itu menjadi penaik semangat buat pasangan beregu India yang merasakan bahawa beregu Indonesia itu bukanlah tidak terkalahkan.
Pada set kedua, pasangan Indonesia itu melakukan banyak kesilapan individu. Dan akhirnya pasangan India memastikan satu lagi aksi ke rubber game.
Dalam pusingan penentuan, Shetty/Rakireddy mendapat momentum luar biasa. Sehingga satu ketika Ahsan/Kevin terpaksa melengahkan permainan untuk mengganggu tempo lawan mereka dan menerima kad amaran.
Dan akhirnya Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy, meraikan kemenangan mereka ke atas Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo untuk menjadikan kedudukan keseluruhan 2-0 memihak India.
2-0 India
Satwiksairaj Rankireddy and Chirag Shetty save four match points to beat Muhammad Ahsan and Kevin Sanjaya of Indonesia ๐ฎ๐ฉ 18-21 23-21 21-19 to put ๐ฎ๐ณ one match away from winning their first ever #ThomasCup. This is probably decisive. pic.twitter.com/UWBJ8zcznL
โ jonathan selvaraj (@jon_selvaraj) May 15, 2022
Indonesia harus bangkit dalam perlawanan seterusnya melibatkan Jonathan Christie yang trurun menentang bintang India, Kidambi Srikanth.
Jonathan Christie tidak menyangka dia akan beraksi dalam tekanan yang luar biasa. Kerana rakan rakannya tumpas dalam pusingan pertama dan kedua.
Jelas sekali dia tidak mampu menyerap tekanan ratusan juta rakyat Indonesia di bahunya. Dia beberapa kali menunjukkan aksi gugup. Buktinya Christie beberapa kaliย ketinggalan dengan mata yang jauh.
Dia sempat mengikat Kidambi 15-15 daripada kedudukan ketinggalan 9-13.
Bagaimanapun, Kidambi yang tidak tewas sepanjang acara Piala Thomas 2022 berjaya mengatasi Jonathan.
Begitupun dalam permainan set kedua, di mana Jonathan kelihatan tercari cari sentuhannya dan berjaya di hadapan pada kedudukan 20-19.
Kidambi, yang lebih kepada gemuruh kerana mengetahui dia sedang berada di kedudukan untuk mencipta sejarah buat negaranya. Dia kembali ditenangkan jurulatihnya.
Selepas dia kembali tenang, Kidambi membuatkan Jonathan kehilangan arah sekali lagi.
Kidambi yang dikenali dengan gaya agresif benar benar bermain mengikut rentaknya. Pukulan pukulan deras Kidambi membuatkan Indonesia tewas 3-0.
India berjaya menewaskan juara paling banyak Piala Thomas iaitu Indonesia.
Tiada lagi yang lebih baik daripada itu bukan? Untuk meraikan kejuaraan sulung?
MOST SUCCESSFUL COUNTRIES IN THOMAS CUP
Indonesia ๐ฎ๐ฉ 14x ๐
China ๐จ๐ณ 10x ๐
Malaysia ๐ฒ๐พ 5x ๐
Denmark ๐ฉ๐ฐ 1x ๐
Japan ๐ฏ๐ต 1x๐
India ๐ฎ๐ณ 1x ๐India creates a new color for Thomas Cup champions #TUC2022
โ Bayu Arisandy๐ฎ๐ฉ (@bayuarisandee) May 15, 2022
India kini anggota baru yang menyertai big six dalam badminton sebagai negara yang pernah memenangi Piala Thomas.
HISTORY SCRIPTED ๐ฅบโค๏ธ
Pure show of grit and determination & India becomes the #ThomasCup champion for the 1๏ธโฃst time in style, beating 14 times champions Indonesia ๐ฎ๐ฉ 3-0 in the finals ๐
It's coming home! ๐ซถ๐ป#TUC2022#ThomasCup2022#ThomasUberCups#IndiaontheRise#Badminton pic.twitter.com/GQ9pQmsSvP
โ BAI Media (@BAI_Media) May 15, 2022
Keputusan:
1. MS1: Anthony Sinisuka Ginting lwn Lakshya Sen 21-8, 17-21, 16-21 (INA 0 IND 1)
2. MD1: Mohammad Ahsan/Kevin Sanjaya Sukamuljo lwn Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty 21-18, 21-23, 19-21(INA 0 IND 2)
3. MS2: Jonathan Christie lwn Kidambi Srikanth 15-21, 21-23 (INA 0 IND 3)
4. MD2: Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto lwn M. R. Arjun/Dhruv Kapila -tak bermain
5. MS3: Shesar Hiren Rhustavito lwn Prannoy H.S. โ tak bermain
Historic moment for Indian sport! Congratulations, and take a bow Team India ๐๐ผ ๐ฎ๐ณ #ThomasCup pic.twitter.com/e42D01eCm3
โ Wasim Jaffer (@WasimJaffer14) May 15, 2022