Sejarah Tercipta, KL City Kelab Pertama Beraksi Dengan VAR Di Malaysia

KL City rasminya menjadi kelab Malaysia pertama beraksi dengan adanya VAR dalam aksi kompetitif di dalam negara kita Malaysia.

KL City bertemu dengan Al Seeb dalam aksi final Piala AFC.

Sebelum ini KL City meminta perubahan venue pertandingan. Namun AFC menolaknya. Antara sebab utama adalah kemampuan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mengendalikan teknologi VAR.

Sebelum perlawanan, kelihatan kamera sempat menunjukkan bagaimana bilik VAR yang beroperasi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

VAR ialah teknologi video bantuan pengadil. Ianya secara tersurat memang untuk membantu penolong pengadil menyemak ulang tayang insiden dalam permainan bola sepak, untuk pertimbangan pengadil utama.

Ianya teknologi yang sudah digunakan FIFA dalam semua pertandingan mereka.

Buat masa ini, VAR masih tidak diwajibkan digunakan dalam pertandingan bukan pertandingan FIFA atau peringkat kelayakan Piala Dunia.

Ini kerana kos VAR dan prosedur pemasangannya sangat kompleks dan tak semua stadium sesuai dipasang VAR.

Fungsi VAR dalam bola sepak adalah untuk meningkatkan ketepatan dalam usaha menegakkan keadilan peraturan perlawanan bola sepak.

VAR berfungsi dengan pengadil akan meneliti rakaman insiden dalam perlawanan atas nasihat daripada pengadil dari bilik VAR.

VAR akan menunjukkan rakaman daripada pelbagai sudut untuk pengadil menentukan sama ada berlaku kesalahan dalam proses terjadinya gol, penalti dan kad merah.

Untuk gol, pengadil akan menyemak kemungkinan terjadi kesalahan seperti kemungkinan ofsaid, foul atau bola terkena tangan.

Seterusnya pengadil juga akan menggunakan VAR untuk menyemak penalti. Sama ada penalti tersebut layak diberikan atau sebaliknya.

Akhir sekali, VAR digunakan untuk menilai sesuatu kesalahan yang berpotensi membuatkan pemain dibuang padang atau dilayangkan kad merah.

Walaupun VAR memiliki sudut pandangan kamera, namun pertimbangan akhir masih di tangan pengadil. Kerana FIFA masih menegaskan bahawa budi bicara dan kebijaksanaan pengadil menilai sesuatu insiden adalah paling utama.

Dalam aksi antaar KL City dan Al Seeb, penyokong dalam stadium akhirnya berpeluang menjerit ‘VAR VAR’. Ini selepas gol pertama Al Seeb yang dirasakan ada kekasaran.

Namun pengadil dan VAR mengesahkan bahawa gol itu bersih.