Pasukan e-sukan MLBB, Selangor Red Giants (SRG) berdepan dengan Falcon APBREN dalam grand final Mid Season Cup atau MSC2024 di Riyadh.
Ini adalah kali pertama pasukan dari Malaysia mara sejauh ini dalam MSC. Dengan mereka berjaya mengatasi NIP Flash dengan kemenangan straight set dalam aksi separuh akhir.
Namun pertarungan final adalah menentang juara dunia, juara bertahan dari Filipina, Falcon APBBREN. Pasukan dari Malaysia itu mahu melebarkan lagi sejarah e-sukan negara dengan cuba memenangi aksi final selepas prestasi luar biasa mereka sepanjang pertandingan ini.
Arena pertandingan dipenuhi oleh penyokong kedua dua pasukan yang memberikan sorakan padu sepanjang aksi final berlangsung.
Perlawanan pertama SRG diatasi oleh Falcon selepas pertarungan yang sengit daripada kedua dua pasukan.
Namun SRG mengatur semula strategi dan memenangi pusingan kedua. Tetapi Falcon APBBREN berjaya menjadikan kedudukan 2-1 pada pusingan ketiga.
SRG tampil dominan dan mempamerkan salah satu aksi terbaik mereka pada pusingan keempat.
التعادل من فريق SRG بـ2-2 🥶
SRG ties the match at 2-2! #EsportsWorldCup #MLBB pic.twitter.com/6Oj5Jw0ThT
— EWC News (@EWCNewss) July 14, 2024
Pada pusingan kelima kedua dua pasukan benar benar sengit. Namun strategi SRG ternyata lebih baik dengan displin berpasukan. Dan akhirnya SRG memenangi set kelima untuk memastikan mereka berada di mata penentuan.
SRG kini berada di kedudukan paling hampir yang pernah ada dalam sejarah MSC.
Tetapi Falcon APBREN menangguhkan kemenangan Malaysia dengan permainan cemerlang untuk mengheret aksi ke pusingan penentuan.
Pusingan ketujuh menjadi saksi kepada sejarah e-sukan Malaysia. Di mana SRG berjaya merencana strategi lebih baik dan menewaskan FALCON APBREN dengan cemerlang.
SRG akhirnya menamatkan penantian 7 tahun Malaysia dalam kejohanan dunia dan menjadi juara.
Give it up for Selangor Red Giants, the champions of MLBB MSC 2024 x EWC!
🏆 Kramm
🏆 Sekysss
🏆 Stormie
🏆 Innocent
🏆 YumS pic.twitter.com/QGmeh6OvFR— Esports World Cup (@EWC_EN) July 14, 2024