Sejarah tercipta apabila Timnas B-23 Indonesia berjaya menewaskan Korea Selatan B-23 pada suku akhir Piala Asia B-23 di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha, Qatar.
Pasukan bimbingan pengendali asal Korea Selatan, Shin Tae Yong menewaskan Korea Selatan menerusi sepakan penalti 11-10.
Pratama Arhan menjadi wira kemenangan dengan sepakan ke sebelah kanan gawang penjaga gol Korea Selatan J. Baek.
Ini adalah rekod buat kali pertama Pasukan Garuda Muda menang ke atas Korea Selatan dalam kumpulan umur B-23.
Pertemuan kedua-dua pasukan menunjukkan penguasaan Korea Selatan B-23.
Pasukan kebangsaan B-23 Indonesia sentiasa tewas dalam tujuh pertemuan terakhir. Kekalahan terbesar berlaku pada Kelayakan Olimpik 2000 di Seoul, di mana Indonesia dikalahkan dengan mata besar 0-7.
Pada pertemuan terakhir, atau lebih tepat pada perlawanan persahabatan 2018, Pasukan Kebangsaan Indonesia hanya mampu mengurangkan jurang kekalahan dan bersaing sengit dengan jaringan 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Secara keseluruhannya, pasukan kebangsaan B-23 Indonesia sentiasa tewas kepada pasukan kebangsaan Korea Selatan B-23. Indonesia juga tewas dengan bolos 24 gol kali sepanjang pertemuan mereka.
Dan Indonesia cuma menjaringkan hanya 3 gol.
Walaubagaimanapun, kali ini Indonesia berjaya membuatkan skuad B-23 Korsel berputih mata dan pulang awal dari pusingan suku akhir.
Pasukan kebangsaan Indonesia B-23 seri 2-2 dengan Korea Selatan pada waktu sebenar dalam aksi suku akhir semalam.
Indonesia melepaskan gol pada minit kelapan, tetapi selepas semakan VAR pengadil tidak membenarkan gol itu kerana pemain Korea Selatan sudah berada dalam kedudukan ofsaid.
Indonesia yang bermain dengan semangat tinggi, berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-15. Rafael Struick melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti yang tepat menuju gawang Korsel.
Korea Selatan kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 apabila tandukan pemain Korea Selatan terkena Komang Teguh dan terus masuk ke gawang Ernando Ari.
Struick memulihkan pendahuluan Indonesia menjelang penghujung separuh masa pertama apabila menerima bola hantaran daripada Ivar Jenner. Dia mengawal bola dan memperdayakan pemain pertahanan lawan dan kemudian menewaskan penjaga gol Baek dengan rembatan kaki kiri.
BRACE STRUICK!!! 🔥🔥🔥
SIAPA KITAAAAAA? LEADING GESSS. KORSEL 1-2 INDONESIA pic.twitter.com/tjLBwFsnpl#TimnasDay#TimnasIndonesia
— SuperSoccer TV (@my_supersoccer) April 25, 2024
Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 2-1 untuk Indonesia.
Pada permulaan separuh masa kedua, Indonesia mempunyai tiga peluang yang baik. Bagaimanapun, dua percubaan Struick dan Pratama Arhan tidak menepati sasaran.
Marselino kemudiannya memiliki peluang yang baik apabila menggelecek bola di sebelah kiri, sebelum melepaskan rembatan yang terkena sisi jaring.
Pada minit ke-68, Lee Young-jun melakukan foul yang bahaya ke atas Hubner.
Pengadil kemudian menjalankan semakan VAR, dan daripada semakan itu memberi Young-jun kad merah. Korea Selatan terpaksa meneruskan permainan dengan sepuluh pemain.
Bermain dengan sepuluh pemain, Korea Selatan sebenarnya masih mampu menyamakan kedudukan 2-2.
Daripada serangan balas, bola diterima baik oleh pemain gantian Jeong Sang-bin, yang kemudiannya melakukan rembatan yang menewaskan penjaga gol Ernando.
Walaupun pada akhir babak Korea Selatan melakukan beberapa siri ancaman namun tiada gol terhasil. Dan akhirnya perlawanan berakhir seri 2-2 dan diheret ke penentuan penalti. Di mana skuad Garuda muda menang 11-10.