Sekali Lagi Arteta Secara Terbuka Sahkan Aubameyang Disisihkan Kerana Masalah Disiplin

Pengurus Mikel Arteta telah menggugurkan nama Pierre-Emerick Aubameyang untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu menentang Southampton kerana “kesalahan pelanggaran disiplin.”

Pemain berusia 31 tahun itu tidak bersama dengan pasukan pada latihan pada hari Jumaat. Walaupun kelab enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Arteta turut menafikan bahawa ada pergaduhan di antara Aubameyang dengan kejurulatihannya. Di mana mereka menyatakan bahawa setakat ini keadaan adalah baik baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara itu tidak ada kompromi untuk para pemain.

Bercakap sebelum sepak mula aksi berdepan Southampton, Arteta ditanya, di mana kaptennya? Arteta berkata: “[Aubameyang tak ada hari ini], malangnya kerana pelanggaran disiplin.”

“Saya fikir kami sangat konsisten bahawa kami mempunyai beberapa perkara yang tidak boleh ditolak ansur dalam pasukan yang kami telah menetapkan diri kami sebagai sebuah kelab, dan dia tidak terlibat hari ini.”

Ini adalah kali kedua Arteta secara terbuka menyatakan bahawa Aubameyang dilarang untuk menyertai pasukan untuk tugasan perlawanan kerana masalah disiplin.

Ditanya sama ada ia adalah hukuman itu adalah jangka panjang, Arteta menambah: “Ia bermula hari ini. Sudah tentu ia bukan situasi yang mudah, atau situasi yang kami mahu ia melibatkan kapten kelab kami.”

Aubameyang diketepikan daripada skuad hari perlawanan untuk kemenangan derbi London utara pada Mac ke atas Tottenham selepas tiba lewat untuk taklimat pasukan pada hari perlawanan.

Isu terbaharu ini akan menimbulkan persoalan mengenai hubungan Arteta dengan Aubameyang selepas kapten kelab itu hanya bermain selama lima minit sebagai pemain gantian dalam kekalahan 2-1 di Everton pada Isnin.

Ditanya mengenai dakwaan pakar Sky Sports Gary Neville bahawa keadaan itu akan membuatkan hubungan antara Arteta dan Aubameyang akan retak, bos Gunners itu berkata: “Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemain saya.”

“Semua orang perlu memahami bahawa saya sentiasa lakukan yang terbaik untuk kelab ini dan untuk pasukan ini.”

“Dan selalunya jika itu boleh memberi manfaat kepada mana-mana individu, saya akan sentiasa melakukannya.”

“Keputusan yang saya ambil bukan atas sebab peribadi, keputusan hanya untuk mendapatkan prestasi, dan yang terbaik daripada pasukan. Itu sahaja.”

“Jelas sekali, apabila pemain tidak menjaringkan gol ia menjejaskan keyakinannya, ia menjejaskan mood dan mungkin kepercayaan, tetapi anda perlu memberontak terhadap situasi ini, tidak menerimanya dan berasa kasihan pada diri sendiri.”

Akhir sekali Arteta menolak laporan bahawa Arsenal mempertimbangkan untuk membenarkan Aubameyang pergi pada Januari ini.

Arteta menambah: “Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara seperti ini, dan apabila pemain berada dalam kesukaran — atau pasukan berada dalam kesukaran — apa yang kami perlukan adalah menyokong mereka.”

Arsenal menang 3-0 ke atas Southampton. Dengan 3 gol Gunners dijaringkan oleh Alexandre Lacazette, Martin Odegaard dan juga Gariel Magalhaes.