Sekolah Di Johor Ini Yang Pertama Pakai Facial Recognition Scanner Untuk Rekod Kehadiran

Johor menjadi negeri pertama di Malaysia menggunakan teknologi pengimbas pengecaman wajah di sekolah untuk merakamkan kehadiran.

Sekolah tersebut adalah SK Taman Perling 1.

Teknologi itu hanya memerlukan 2 saat sahaja mengecam wajah murid sekolah. Jadi, selepas ini cikgu di Sekolah SK Taman Perling 1 di Johor Bahru tidak perlu mengadakan sesi memanggil nama dan angkat tangan, untuk mencatit kehadiran.

Menurut News Straits Times, perkara ini telah menjadikan sekolah tersebut yang pertama seumpamanya di Malaysia menggunakan pengimbas pengecaman wajah untuk kehadiran.

Sistem tersebut mulai beroperasi di sekolah SK Taman Perling 1 pada sesi persekolahan tahun ini. Sistem tersebut akan mengecam wajah dan terhubung dengan pengkalan data.

Kemudiannya, ianya akan terus mengeluar dan memaparkan maklumat murid, seperti, nama penuh, nombor pendaftaran murid serta maklumat kelas.

Guru besar sekolah SK Taman Perling 1, Zamri Abd Wahab, menegaskan, bermula 1 Januari 2020, seramai 1,034 orang pelajar termasuk 937 aliran utama, 47 pelajar khas, 50 pelajar pra sekolah, akan menggunakan pengimbas tersebut untuk rekod kehadiran.

Setakat ini ada dua pengimbas pengecam wajah dipasang di dewan serbaguna sekolah itu.

Sementara itu, satu lagi pengimbas dipasang di pejabat untuk kegunaan 76 orang guru dan 12 kakitangan lain.

Bercakap kepada Bernama, Zamri berharap sistem ini akan diperluaskan lagi untuk mengecam wajah pelawat bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di sekolah.

Zamri yakin ini akan mengurangkan sedikit beban kerja guru di sekolah. Beliau juga menyatakan bahawa data kehadiran ini juga akan terus dihantar ke Jabatan Pelajaran.

Kos pemasangan sistem termasuk dengan software dan maintenance, adalah sekitar RM50,000.

Namun pihak PIBG sekolah menerusi kenyataan oleh timbalan presidennya – Datuk Suhaila Ahmad – mengesahkan bahawa ianya ditaja sepenuhnya oleh Myra Hub Foundation.

Teknologi pengimbas dan pengecaman wajah ini memang dah menjadi semakin popular ketika ini. Banyak negara yang sudah menggunakannya.

Misalnya China, mereka menggunakan teknologi ini di lapangan terbang. Namun ia berbeza dengan apa yang digunakan di sekolah. Kerana di China mereka tidak mendapatkan kebenaran untuk hak privasi.

Kalau untuk sekolah ini rasanya ianya memang relevan digunakan untuk memudahkan tugas guru dan memudahkan lagi banyak kerja lain.

Satu inovasi yang sangat baik. Ia adalah langkah pertama dalam memperkasakan lagi penggunaan teknologi seperti ini di sekolah dan bayangan kepada keadaan sekolah kepada masa akan datang.

Baca yang lain