SEL vs JDT: Unit Khas PDRM Tembak Jatuh Objek Terbang Di Stadium Shah Alam

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 diantara Selangor dan JDT menjadi tumpuan seluruh peminat sukan bola sepak tanah air.

Jelas sekali hujan yang turun beberapa jam sebelum perlawanan bermula bukanlah rahmat buat skuad Red Giants, apabila tewas 3-0 kepada JDT.

Selain daripada perlawanan tersebut, turut menarik perhatian sebelum perlawanan berlangsung ialah tindakan pantas unit khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menembak jatuh satu objek terbang yang berlegar di sekitar Stadium Shah Alam.

Tidak dapat dipastikan apakah sebab objek tersebut terbang ke venue perlawanan tersebut. Beberapa gambar dan video turut dikongsi beberapa akhbar utama negara akan tindakan pantas PDRM untuk mengawal situasi tersebut.

Unit khas PDRM yang bertanggungjawab menembak jatuh objek terbang tersebut dikenali sebagai Unit Drone yang dikawal selia oleh Unit Udara PDRM. Unit tersebut ditubuhkan pada 2015.

Selain daripada untuk mengendalian dron bagi tujuan pemantauan ketika menjalankan tugas di lapangan, unit tersebut turut berfungsi untuk memantau penerbangan dron di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.

Di dalam kes di perlawanan ini, dron mungkin digunakan untuk mendapatkan footage perlawanan. Tidak dapat dinafikan footage gambar atau pun video daripada drone sentiasa memberikan hasil yang menarik.

Sekiranya ada yang ingin menerbangkan dron perlulah membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Selain Putrajaya, ruang udara Istana Negara, persekitaran Parlimen, persekitaran KLCC dan kawasan lapangan terbang juga adalah kawasan larangan menerbangkan DRON.

Jika menerbangkan dron tanpa kebenaran boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Alatan yang digunakan oleh anggota untuk menembak jatuh dron seperti di perkongsian di atas pula dikenali sebagai drone gun.

Kredit gambar hadapan: Berita Harian

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan