WhatsApp memperkenalkan fitur terbarunya dalam kemaskini akan datang. Salah satu daripadanya adalah penghapusan mesej secara automatik selepas 7 hari daripada tarikh mesej dihantar.
Dengan setting ‘Disappearing Messages’ korang boleh memilih fungsi ini. Dan mesej akan hilang pada telefon bimbit pengirim dan penerima.
Namun berhati hatilah menggunakan fungsi ini. Kerana korang mungkin akan memerlukan mesej itu untuk dirujuk semula ataupun nak hantar tangkap layar kepada orang lain.
WhatsApp menyatakan fitur baru ini akan membantu menjaga kerahasiaan informasi dan privasi di dalam aplikasi tersebut.
WhatsaApp memilih tempoh 7 hari kerana menurut mereka itu waktu yang cukup untuk pengguna menguruskan setiap mesej penting mereka dan menentukan sama ada mesej itu harus dilupuskan.
#WhatsApp has announced a new feature where users can easily make their messages disappear. https://t.co/A3dsPy2IvA
— Silicon Republic (@siliconrepublic) November 5, 2020
WhatsApp memberikan contoh, beberapa jenis pesanan yang korang akan cepat untuk lupakan dan tak perlukan seperti senarai barang dibeli, ataupun alamat kedai tertentu.
Fitur baru ini akan tersedia di aplikasi WhatsApp di seluruh dunia mulai akhir November.
Fitur ini hanyalah sebahagian daripada beberapa fitur lain yang diperkenalkan WhatsApp.
Sebelum ini WhatsApp juga memudahkan para pengguna untuk memadamkan fail fail besar di dalam mesej mereka.
Seterusya, terdapat juga fungsi di mana korang boleh senyapkan / mute mesej daripada individu ataupun kumpulan buat selama lamanya berbanding dengan setahun sebelum ini.
Fitur ini sudah mulai digunakan bermula akhir Oktober lalu. Di mana korang boleh set fungsi mute dengan menekan ‘Always’.