Selain Oxlade, Henderson Pun Cedera, Alisson Dan Firmino Mungkin Cedera

Liverpool mendapat perkhabaran yang kurang enak apabila kapten pasukannya Jordan Henderson pun cedera. Seterusnya, 2 bintang Brazil iaitu, Firmino dan Alisson juga dalam senarai berjaga-jaga. Mereka akan dinilai kecergasan dan kecederaan selepas ini.

Ini menjadikan senarai kecederaan Liverpool dalam kejohanan ini adalah 2 orang, dan potensi 4 orang. Ia menambah lagi senarai kecederaan yang lain seperti Lovren dan Matip.

Bak kata orang, ianya macam ni, kalau nak menang sesuatu kekadang kita kena ‘kalah’ sesuatu yang lain.

Baiklah, kita mulakan dengan cerita Alex Oxlade Chamberlain. Beliau mengalami kecederaan selepas kakinya terpelecok dalam aksi menentang Flamengo.

Chamberlain dibawa keluar padang pada minit ke-75. Chamberlain digantikan dengan Adam Lallana.

Beliau masih bersama dengan pasukan meraikan kejuaraan dan menerima pingat dalam keadaan kakinya berbalut dengan pendakap kaki serta menggunakan tongkat sebagai sokongan.

https://twitter.com/_lfcleanne/status/1208513371064217601

Klopp suda memberikan kemaskini untuk kecederaan Oxlade-Chamberlain. Pemain itu memberitahu Klopp beliau ada rasa sakit di buku lali.

Klopp berkata: “Saya dah cakap dengan Chamberlain. Jika kamu melihat ulang tayang di tv sekali lagi, anda akan lihat sukarnya kami nak menang.:

“Dan beliau, Chamberlain, sudah menunjukkan kepada saya video beliau melakukan pendaratan dan beliau ada ditendang dan berguling atas padang.

“Namun beliau rasa ok. Ya, sudah tentu, beliau tidak berada dalam keadaan sempurna, jauh daripada semupurna. Namun kami selepas ini akan melihat kondisi ligamen beliau, nanti kita akan tahu masalah sebenar.”

“Namun beliau ok.”

Chamberlain menjadi pemain kesebelasan utama Liverpool dalam aksi semalam.

Beliau masih bersama-sama dengan pasukan untuk menikmati kejuaraan yang dijulang.

Kecederaan Henderson lebih parah

Berita yang terus menghantui penyokong Liverpool adalah kecederaan Jordan Henderson.

Beliau dilaporkan mengalami sedikit rasa tidak selesa pada bahagian bahu dan tangannya.

Doktor menasihatkan Jordan Henderson untuk pergi melakukan urutan otot. Kerana jika keadaan ini berterusan beliau terpaksa menyerahkan tugasnya kepada James Milner ataupun Virgil Van Dijk.

Henderson menjadi kapten Liverpool dalam 3 aksi final antarabangsa. Menjadikan beliau kapten Liverpool pertama, merangkap kapten kelab Inggeris pertama menjulang Inter continental Treble.

Akhir musim lalu, Henderson menjulang UCL pada bulan Jun 2019.

Dua bulan kemudian, pada bulan 8 ataupun pada awal musim 2019/20 Henderson menjulang Piala Super Eropah pula.

Tidak terhenti di situ, Jordan Henderson sekali lagi menjulang piala pada Disember 2019 iaitu Piala Dunia Kelab.

Oleh sebab itu, Henderson dilaporkan mengalami kecederaan bahu dan tangan, kerana menjulang terlalu banyak piala pada tahun 2019.

Paling ngeri Henderson memegang piala UCL yang besar gedabak dengan satu tangan.

Akibat daripada kecederaan Henderson itu, Alisson dan Firmino juga mungkin mengalami kecederaan yang sama kerana mereka menjulang 4 piala pada 2019. Dan kesemuanya Internasionaleyyy.

Firmino dan Alisson menjulang:

  • UCL
  • Super Cup
  • FIFA Club World Cup
  • Copa America

Diharap kesemua pemain ini akan ok.

Baiklah, kalau kau baca sampai bawah ni tanda kau sayang Hendo walaupun kau selalu maki.

Nah gambar Hendo julang piala 2019.

Jangan marah ye, dah juara pun masih marah marah ke.

Baca yang lain