Selain Vuvuzela, Bola Jabulani Juga Kontroversi Ketika Piala Dunia 2010

Piala Dunia Afrika Selatan 2010 penuh dengan warnanya. Selain daripada kontroversi vuvuzela yang bingit, bola rasmi Adidas Jabulani juga menjadi mangsa kecaman.

Vuvuzela tu ada orang yang tak suka kerana bingit, dan desibel yang dihasilkan dikatakan mampu untuk merosakan pendengaran.

Namun, di sebalik kecaman itu, ianya tetap menjadi ikonik, dan permulaan detik vuvuzela menjadi trend di kalangan peminat bola sepak sehingga kini.

during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group F match between Paraguay and New Zealand at Peter Mokaba Stadium on June 24, 2010 in Polokwane, South Africa.

Baiklah, berbalik kepada bola rasmi kejohanan pula, Adidas Jabulani telah menjadi salah sebuah bola rasmi paling kontroversi dalam sejarah Piala Dunia.

Ramai tak suka Jabulani

Boleh dijkatakan hampir semua pemain dan jurulatih komplen tentang bola yang mereka anggap seperti bola pantai itu.

Pada 2002, Adidas Fevernova dianggap terlalu ringan. Buffon pernah mengutuk Fevernova dengan menganggap ia seperti bola kanak kanak yang melantun tak tentu arah.

Pada 2006, pula mengkritik Adidas Teamgeist yang dikatakan lebih memihak kepada penyerang berbanding dengan penjaga gol.

Jabulani tidak terkecuali daripada kecaman, malah lenih teruk.

Sebelum aksi rasmi piala dunia, penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menggelarkannya sebagai bola pantai — selepas aksi pemanas badan berhadapan dengan Arab Saudi.

Selain daripada Iker Casillas, penjaga gol lain seerti David James, Buffon dan Julio Cesar juga menganggap bola Jabulani akan menyusahkan penjaga gol kerana trajektorinya yang tak bagus.

David James berkata: “Bola ni teruk, dan tak hairanlah jika beberapa gol dalam Piala Dunia kali ini, yang tidak akan dapat dijaringkan dengan bola lain.”

“Bola ini membolehkan penyerang menjaringkan lebih banyak gol dan membuatkan penjaga gol menjadi dungu.”

Adidas pertahankan Jabulani

Adidas menafikan mereka mencipta bola hanya untuk penyerang. Malah mereka menegaskan penjaga gol antara elemen penting dalam kajian mereka dan terciptalah teknolog”grip and groove.

Satu teknologi yang didakwa Adidas menggabungkan panel 3-D berteknologi tinggi, membuatkan bola itu benar benar sfera dan aerodinamik.

Namun malangnya, hampir ada pemain daripada setiap pasukan yang bertanding ketika itu komplen pasal bola ini.

Hal ini kerana menurut mereka, bola ini terlalu ringan dan sukar dijangka apabila di udara.

Marcos Tulio Tanaka, yang menjaringkan jaringan sendiri ketika berhadapan dengan England, menganggap bola itu memang sukar dijangka.

Penyerang Itali, Giampaolo Pazzini pula bersuara untuk penyerang yang didakwa akan menyukai bola itu kerana memihak kepada mereka.

Tidak! Tegas Pazzini, bola itu sukar untuk dirembat kerana beratnya tidak sama dengan bola normal.

Walaupun banyak kritikan sebelum bola itu rasmi digunakan, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Bola itu sudah disahkan sebagai bola rasmi.

Saintis Sukan, Andy Harland, dari Loughborough University’s Sports Technology Institute, pula mempertahankan bola itu.

Beliau sudah membuat kajian tentangnya dan mendapati bola itu hampir sempurna. Ianya antara bola terbaik — menurut beliau lagi.

Harland kemudian membuat rumusan: “Bukan bola itu yang terlalu berbeza dengan bola lain, namun altitude tempat mereka bermain yang mempengaruhi bola itu.”

“Di mana sahaja kamu bermain, pada altitude berbeza, ia akan mempengaruhi keadaan bola.”

FIFA tuduh Brazil sudah cari alasan siap siap

Setiausaha Agung FIFA ketika ini Jerome Valcke turut mempertahankan bola Jabulani. Ianya gara gara komen penyerang Brazil, Luis Fabiano yang menuduh Adidas Jabulani sebagai pelik.

Valcke menuduh itu semua alasan daripada pemain.

“Bola ni dah banyak digunakan dalam perlawanan sebelum ini. Tiba tiba Brazil membantahnya. Kerana apa? Mereka takut tidak dapat mara lebih jauh dan menjadikan bola sebagai alasan.”

“Semua pasukan akan bermain dengan bola ini. Jika Brazil menang Piala Dunia, maka bola ini bukan lagi masalah untuk mereka.”

Harland pula berkata, beliau tak terkejut pun dengan kritikan ke atas bola ini. Kerana setiap pemain bebas menyatakan pandangan mereka.

Namun Piala Dunia 2010 memang antara Piala Dunia terbaik termasuk lagu ni:

Baca yang lain