Nico Williams akhirnya mengesahkan sendiri bahawa Barcelona memang berminat mendapatkannya.
Menurut Barca Universals, Nico Williams antara sasaran Barcelona kali ini untuk mengisi posisi sayap kiri selain daripada Xavi Simons dan Luis Diaz.
Namun dari segi harga dan usia, Nico Williams dianggap calon terbaik. Nico Williams juga sangat rapat dengan beberapa pemain Barcelona yang berada di kem Sepanyol ketika ini.
Mundo Deportivo melaporkan pemain itu tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan tawaran daripada Barcelona walaupun dia akui dia gembira ketika ini di kelab semasanya.
Ditanya tentang masa depannya dengan Bilbao dan minat daripada Barcelona, pemain berdarah Basque itu berkata: “Masa depan saya? Saya gembira di Bilbao. Itu adalah kelab yang memberikan saya segalanya.
“Saya buat masa ini enggan membincangkan apa apa [tentang minat Barcelona dan kelab lain] sehinggalah Euro ini berakhir.”
Nico Williams kemudian menyatakan bahawa dia sangat rapat dengan Lamine Yamal.
Nico menjelaskan: “Saya beritahu Lamine, saya adalah abang sulungnya, jadi dia kena hormat saya. Saya lihat dia betul betul buat kerja rumah di dalam bilik hotel, saya tergelak.”
Sebelum ini Lamine Yamal menyatakan dia membawa sekali kerja rumah diberikan cikgunya bersamanya ke Jerman kerana risau dimarahi cikgunya kalau ia tak siap.
Lamine turut berharap cikgunya tidak marah kalau dia terlambat menghantar kerja rumah atau terpaksa tidak hadir kelas atas talian kerana ada tugasan bersama pasukan Sepanyol.
🚨| According to our information, Barcelona spoke with Nico Williams’ agent a few days ago. Also the coach, Hansi Flick, would also be happy to see the 21-year-old attacker as part of his squad for next season. [@shlugassi] #fcblive 🔵🔴🇪🇸 pic.twitter.com/KoCMn4rEkB
— BarçaTimes (@BarcaTimes) June 13, 2024
Nico Williams menafikan ada pemain Barca cuba memujuknya menyertai kelab itu. Kerana ketika ini semuanya fokus kepada tugasan kebangsaan bersama Sepanyol.
“Ada ke pemain Barca cuba memujuk saya menyertai kelab mereka? Kami tak ada bercakap langsung tentangnya, mereka sangat serius,” tambah pemain itu.
Walaupun Barca benar benar berminat dengan Nico Williams namun kelab itu berdepan dengan kesulitan dari segi kewangan. Ditambah pula dengan klausa pelepasan pemain itu dilaporkan jauh daripada kemampuan Barca.
Satu satunya cara Barca boleh mendapatkan pemain itu adalah dengan menawarkan pemain mereka sebagai tukaran dan ditambah dengan wang. Bayaran wang itu pula menerusi skim ansuran yang panjang seperti dilakukan Chelsea.
Seterusnya satu berita baik buat Barca ketika ini, Nico Williams dilaporkan masih menangguhkan perbincangan kontrak baharu dengan Atheltic Bilbao kerana dia mahu melihat dahulu tawaran daripada Barcelona.
Namun ketika ini dia tidak mahu memikirkan perkara itu kerana fokusnya kepada Euro 2024.
Ejennya sebelum ini sudah membayangkan bahawa pemain itu tiada masalah menerima gaji lebih rendah daripada yang ditawarkan kelab Inggeris atau PSG kepadanya, jika tawaran itu daripada Barca.