Selaku Pelakon Terkacak Bangladesh, Hero Alam Cuma Terima Tawaran Bollywood Jika Ada Deepika Padukone

Korang masih ingat dengan Hero Alom? Selebriti yang juga influencer yang diundi sebagai selebriti penyanyi terkacak di Bagladesh.

Dia menjadi individu dalam senarai 10 teratas carian Google di Bangladesh.

“Maknanya semua lelaki itu kacak, cuma kita lahir di tempat yang salah,” itulah komen seorang netizen apabila melihat bintang influencer Bangladesh, Ashraful Alom diiktiraf paling kacak di negaranya.

Dia bertukar daripada influencer media sosial kepada pelakon di Bangladesh. Popularitinya kini sampai ke India.

Ashraful Alom lahir di Bogra, Bangladesh pada 20 Januari 1985, dan dibesarkan dengan keluarga angkat yang mengambilnya sebagai anak angkat kerana bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar hutang.

Dia seorang yang taksub dengan media sosial seperti Facebook dan YouTube turut membuatkan dia tergoda untuk mencipta konten. Dia akhirnya mencuba dengan mencipta klip video beberapa lagu terkenal.

Segala-galanya sebenarnya membuatkan dia lebih bersemangat untuk membuat konten lagi supaya pembenci bertukar menyayanginya. Hampir semua warga Bangladesh mengidolakannya sehingga memberinya gelaran Hero.

Dia menjadi idola ramai, bermula dari bawah untuk mengaut kejayaan dengan keringat sendiri.

Sebelum ini dia dijemput untuk muncul dalam filem berjudul Mar Chokka (2017) di mana dia membintangi bersama bintang Bangladesh terkemuka seperti Omar Sani hingga Sadek Bachchu.

Ashraful Alom dahulunya bekerja sebagai peniaga DVD itu berjaya mencapai kejayaan dalam industri hiburan dengan karya-karyanya.

Dia sering membuat pelbagai video dengan suntingan sederhana dan ternyata disukai ramai orang.

Di Bangladesh konten videonya menjadi tontonan ramai dan sangat tinggi capaiannya.

Dia bermula dari bawah. Menjadi bahan ejekan ketika kemunculan awalnya di media sosial pada 2016.

Namun dia perlahan lahan menempa kegemilangan dan pandai bergaya. Dengan wang yang ada dia mengubah imejnya. Dan kini dia menjadi aktor paling kacak di Bangladesh. Dia diberikan gelaran Hero Alom di Bangladesh.

Kini channelnya ada 1.46 juta subcribers. Dia menjadi kegilaan para gadis di sana.

Pada hari ini, hampir semua penerbit mahu menandatanganinya, malah pemuzik berebut-rebut untuk menjadikannya bintang dalam klip video mereka.

Wajah lelaki bernama penuh Ashraful Alom Saeed itu tersebar di seluruh negara. Pelbagai produk dan rancangan televisyen sentiasa mengundangnya.

Tidak kurang orang di media sosial. Akaun YouTubenya malah menjadi yang paling banyak diikuti di negara tersebut, malah peminatnya telah sampai ke negara luar negara seperti India.

Nama Hero Alom bukan sekadar dikenali sebagai artis, pada tahun 2018 dia mencuba nasib dengan mendaftar untuk pilihan raya umum di Bangladesh. Dia serta-merta menjadi antara calon yang paling kuat, walaupun kalah kepada Mosharraf Hussein. Tetapi untuk pendatang baru dalam dunia politik dia dianggap luar biasa.

Undiannya hadir daripada anak anak muda. Dia kemudian menubuhkan sendiri rumah produksinya yang lengkap dengan kelengkapan rakaman yang lebih baik.

Terus memajukan dirinya, Hero Alom juga seorang penyanyi yang sangat berjaya di Bangladesh.

Dia kemudian menghasilkan filem terbaru yang dibuat oleh rumah produksinya sendiri, di mana dia turut duduk di bangku pengarah dan menjadi bintang utama.

Tidak putus asa, Alom turut menjemput salah seorang penyanyi baharu yang sibuk di India iaitu Ranu Mondal untuk mengisi runut bunyi dua filemnya nanti. Ia memakan kos yang tinggi.

Sebagai perspektif, bintang Bollywood atau dari India sentiasa menjadi kegilaan di Bangladesh. Jadi, bukannya mudah nak mendapatkan Ranu Mondal.

Sama seperti dirinya, Ranu Mondal adalah bintang yang berasal dari media sosial. Video dia menyanyikan lagu Ek Pyaar Ka Nagma Hai di stesen Ranaghat menjadi viral pada 2019.

Selepas itu dia dijemput dalam pelbagai rancangan televisyen dan dijemput untuk membuat album rakaman oleh beberapa penerbit muzik di India.

Deepika Padukone sahaja!

Dia kini mengakui mulai mendapat tawaran daripada produser di Bollywood. Tetapi belum ada satu pun yang memuaskan hatinya.

Artis Bangladesh popular itu baru baru ini berada di Samsherganj di Murshidabad untuk menghadiri persembahan bersama teman wanita Riya Moni.

Dia terharu melihat sambutan hangat para penonton dan ketika itulah dia bercerita tentang cerita menarik dia dengan Bollywood.

Hero Alom mengakui impian setiap lelaki di Bangladesh adalah untuk menjadi hero dalam filem Hindi.

Namun dia menyatakan, dia tetap ada harga market tersendiri. Dia menolak beberapa tawaran yang datang kepadanya kerana dia tidak berpuas hati dengan aktres yang dicadangkan untuk berlakon dengannya.

Lalu dia berterus terang dengan semua produser di Bollywood yang mahu mengambil dia berlakon. Dia hanya akan berlakon jika dia menjadi watak utama dan dipasangkan dengan Deepika Padukone.

Dia merasakan bahawa hanya tawaran dengan adanya Deepike Padukone sahaja yang boleh menarik minatnya berlakon di Bollywood selaku aktor terkacak Bangladesh.

Dia turut bercerita tentang laporan media yang mendakwa polis memberikannya amaran untuk berhenti menyanyi.

Sebenarnya menurut Hero Alom, polis cuma memberikannya amaran agar tidak mengubah lagu klasik dengan sesuka hati, terutama sekali yang menggunakan alat muzik tradisional.

Hero Alom sudah berjanji tidak akan melebih lebih dalam penghasilan nafas baharu sesebuah karya kalsik.