Selalu Ditanya Orang Kampung Mana Pakwe Kamu? Pemain Jepun Ini Umum Tukar Jantina

Pemain antarabangsa Jepun dan Washington Spirit – Kumi Yokoyama telah mengumumkan bahawa dia adalan transgender.

Kumi sebelum ini bermain untuk pasukan wanita Jepun. Dan sekarang dia tidak mahu digelar wanita lagi tetapi jantan trans.

Yokoyama sebelum ini mewakili Jepun pada Piala Dunia Wanita 2019. Membuat pengakuan mengejutkan dunia menerusi YouTube.

“Saya dah berpacaran dengan beberapa awek dalam beberapa tahun ini. Dan saya merahsiakan perkara ini daripada orang dan media Jepun.”

Kumi mendedahkan di Jepun setiap kali balik, orang akan mengusiknya bertanya di mana teman lelaki dia. Tipikal soalan mak cik orang Asia yang nak tahu bila nak kawin.

Lalu Kumi sekarang sudah tak perlu risau menjawabnya. Kerana dia memang tak ada teman lelaki.

“Di Jepun kalau saya balik, tentu orang kampung bertanya, mana teman lelaki kamu. Di sini, orang Amerika orang tanya, kau ni ada awek ke pakwe cok?”

“Awek saya yang memberikan pakej rangsangan kepada saya untuk membuka rahsia ini kepada semua orang. Saya terharu jugak la.”

Kumi akan meneruskan kariernya bersama dengan skuad wanita termasuk pasukan kebangsaan negara Jepun.

Jangan pulak korang jadi macam ni sebab orang selalu tanya, mana teman kamu, single lagi ke raya ni?