Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Texas menjatuhkan hukuman penjara 54 bulan kepada wanita bernama Kim Richardson kerana mencuri barang bernilai jutaan dolar dan menjualnya di kedai dalam talian eBay.
Wanita berusia 63 tahun itu juga diminta membayar $3.8 juta sebagai pampasan.
Menurut laporan oleh CNN, Richardson mengedar barang itu dengan COD ke beberapa kawasan sekitar AS.
Di juga turut menjual barang tersebut di internet, salah satunya adalah di platform eBay.
Richardson menghantar barang yang dicurinya itu kepada pembeli melalui Federal Express dan United Parcel Service.
“Richardson mencuri barang-barang dari banyak kedai runcit.”
A 63 year old Dallas woman was for arrested for stealing millions of dollars in merchandise and selling it on eBay over a 19 year period.
Kim Richardson was caught by a joint effort between the FBI and Secret Service, convicted, and sentenced to 54 months plus a fine of $3.8M. pic.twitter.com/lGqDdms510
— dblanch256 (@dblanch256) October 5, 2020
“Dia menggunakan alatan khas untuk mematikan alat penggera keselamatan ketika hendak keluar dari kedai. Dia menyembunyikan barang-barang yang dicuri itu di dalam beg hitam besar yang dibawanya,” kata Pejabat Peguam AS – Daerah Selatan Texas.
Laporan yang sama menyatakan, Richardson mengaku bersalah pada 17 Disember 2019. Namun, pihak pendakwa tidak dapat mengenal pasti semua mangsanya sepanjang tempoh dia mencuri selama ini.
Dalam pembelaannya, Richardson mengaku mencuri barang dari Ogos 2000 hingga April 2019.
Richardson mencuri barang dari pelbagai kedai runcit. Dia menggunakan alatan khas untuk mematikan alat keselamatan. Alatan itu biasa digunakan pencuri di pasaraya.
Siasatan menunjukkan bahawa
Pada 2018, satu penyata menunjukkan para pembeli membayar $3.8 juta (RM15.8 juta) ke empat akaun PayPal yang dikaitkan dengan Richardson.
Kes itu sudah dibicarakan setelah disiasat oleh Secret Service dan FBI.