Selamat Berjuang JDT Dan Kedah

Perlawanan final Piala Malaysia 2019 menemukan 2 pasukan yang sentiasa memberikan saingan dalam domestik sejak beberapa musim ini.

Secara pengalamannya, Kedah rata-rata memiliki barisan pemain yang sudah masak dengan atmosfera perlawanan akhir ini terutama sekali nama-nama seperti Baddrol Bakhtiar, Ifwat Akmal dan ramai lagi.

JDT merupakan pasukan yang memiliki barisan pemain yang sangat baik untuk saingan domestik.

Secara taktikal, ini adalah final. Perlawanan hanya 1 malam dan tidak peduli sangat soal taktikal.

Paling penting siapa yang boleh mengawal tekanan pada final dan tidak melakukan kesilapan yang berisiko tinggi akan beroleh kelebihan.

Bak kata orang: “Bola sepak adalah permainan yang berkaitan kesilapan. Pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan akan menang.”

Mora vs Aidil

Aidil Sharin dan Benjamin Mora musim ini membuktikan mereka merupakan jurulatih yang wajar diberikan kredit di atas pencapaian mereka.

Mora membawa JDT dalam kempen ACL yang sangat baik untuk pendatang baharu.

Aidil Sharin datang dengan reputasi yang hanya didengar daripada media Temasek. Masih ingat lagi, antara perkara yang beliau gariskan pada sidang media awal adalah:

“Pasukan ini tidak akan bermain tiki taka. Tiada perkara sebegitu di sini.”

Beliau mahu membentuk pasukan dengan acuan beliau tersendiri. Dengan kehilangan beberapa pemain utama pada awal musim dan proses transisi, bagi aku Aidil melakukan tugas dengan baik dengan masuk 2 final domestik pada musim pertama.

Salah satu daripadanya sudah dimenangi.

Kedua-dua pasukan kini merebut piala yang bakal membuka kunci kepada domestic doubles.

Jika JDT menang mereka akan menang double dan 1 Sumbangsih.

Jika Kedah menang, mereka juga akan menang double musim ini.

Bagaimana mereka ke final

Bukan mudah nak ke final. Musim ini menyaksikan 4 pasukan yang memiliki fanbase yang sangat kuat ke semifinal.

JDT berhadapan dengan Selangor. Semifinal yang menjadi panas kerana Ifedayo. Itu rencah yang akan korang kenang.

Kedah memerlukan 8 gol untuk melepasi Pahang dalam Thriller 16 gol dalam 2 semifinal.

Siapa akan lupa Nwakaeme yang meraikan gol ketika beliau merasakan beliau sudah menyelamatkan pasukannya.

JDT dan Kedah tak akan ke final jika tiada elemen kekuatan mental dan fizikal pada diri mereka.

Penyokong

Tak perlu nak berselindung. Dalam beberapa tahun ini, 2 kelompok penyokong ini antara yang paling panas bertembung di media sosial.

Bagi saya, asal ia tak melampaui batas sehingga serangan peribadi, itu ok. Inilah rencah bola sepak. Perseteruan!

Penyokong Kedah dan JDT pastinya mahu memadamkan ego lawan masing-masing dalam aksi final ini. Dan siapa akan bergembira pada malam final.

Namun saya sentiasa berharap para penyokong menikmati dan mewujudkan atmosfera final yang meriah.

Berhati-hati ketika ke stadium serta ketika keluar dari stadium untuk pulang ke ruma ataupun ke kampung.

Selamat maju jaya

Selamat maju jaya kepada Kedah dan JDT. Semoga final yang sengit dan klasik dihasilkan.

Semoga final juga lancar tanpa sebarang insiden yang kita tak ingini dalam bola sepak.

Nikmatilah final korang semua.

Ini adalah 90 minit terakhir untuk kempen Liga M musim ini. Ianya penutup kepada musim ini.

Aku ni susah nak cakap. Kau tunggu Sarawak power nanti.

WE ARE RIVALS NO ENEMIES

 

Baca yang lain