Selamat Hari Guru – Ini 6 Jurulatih Yang Pernah Menjadi Pendidik

Guru ataupun Cikgu ibarat pelita hidup. Mereka adalah cahaya yang menerangi kita semua dalam membantu kita mendapat ilmu.

Setiap daripada kita hari ini, tak kisahlah apa sahaja profesion kita adalah kerana jasa cikgu kita yang mendidik kita semua.

Di arena bola sepak ada beberapa nama jurulatih yang pernah menjadi cikgu di dalam resume pengalaman kerja mereka.

Berikut antara 8 nama mereka.

1. Jose Mourinho

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Mourinho pernah menjadi seorang guru. Lihat sahaja setiap kali beliau menjadi pundit dan memberikan penerangan. Sangat best mendengarnya.

Mourinho pernah menjadi cikgu sukan di Lisbon, yang mana ketika itu beliau masih mendalami ilmu tentang sukan.

Bayangkan jika korang berada di dalam kelas Mourinho, dan pada satu pagi di tapak perhimpunan beliau mengisytihar, dalam kelas korang ada virus yang merosakkan rakan sekelas yang lain.

2. Louis Van Gaal

Louis Van Gaal juga pernah menjadi guru sukan selama 12 tahun lamanya. Menurut beberapa bekas pemainnya, sehingga ke hari ini, Van Gaal masih tampil seperti seorang guru.

Maka tak hairanlah korang melihat gaya Van Gaal seperti cikgu PJK ketika di Man United.

Dalam biografi Van Gaal, penulis Maarten Meijer bahkan menulis ,”Jika kamu melihat beliau ketika latihan, dia masih bertindak seperti guru olahraga, dengan wisel dan berteriak seperti cikgu.”

3. Rinus Michel

Rinus Michel bergambar sebelah tugu dibina oleh bekas sekolah tempat mengajar

Ayahanda kepada total football ini juga pernah bergelar seorang guru sebelum menjadi jurulatih.

Rinus Michel pernah bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah murid istimewa / kelainan upaya di negaranya.

3. Guus Hiddink

Beliau antara watak yang seringkali dipanggil Roman Abramovich untuk membersihkan ‘kotoran’.

Hiddink pernah menjadi guru PJK dari tahun 70-an sehingga 80-an. Lebih menarik Hiddink berkhidmat di sekolah para pelajar yang bermasalah.

Oleh sebab itu Hiddink sangat bijak mengendalikan pemain dan bilik persalinan yang berantakan.

Karier pengurusan beliau hanya bermula pada 1987 bersama dengan PSV Eindhoven.

4. Roy Hodgson

Roy Hodgson antara guru yang disegani di negaranya. Beliau bekas guru PJK / guru sukan di Sekolah Alleyn di London serta sekolah di Monks Hill di Croydon pada pertengahan 70-an.

Beliau antara pengurus Inggeris yang berjaya menarik minat gergasi Itali seperti Inter Milan. Beliau juga menjadikan Fulham menjadi pasukan yang melepasi ekspektasi semua pada satu ketika dahulu, dengan cara mereka bermain.

5. Oscar Tabarez

Di kalangan para pemainnya, beliau dipanggil cikgu berbanding coach. Panggilan itu jelas ada sebab. Ini kerana sebelum Tabarez menjadi jurulatih Bella Vista di Uruguay pada 1980, Tabarez merupakan seorang guru.

Kita boleh bayangkan beliau seorang guru yang tegas namun disayangi. Luis Suarez pernah menyatakan tidak seorang pun pemain yang berani melawan Cikgu Tabarez.

6. Paul Clement

Keluarga beliau memang keluarga bola sepak. Ayahnya, Dave Clement bekas pemain QPR, manakala adiknya Neil Clement menjadi legenda di West Brom.

Paul Clement pernah menjadi guru pada usianya 23 tahun. Beliau beberapa kali menjadi pembantu jurulatih kepada beberapa kelab besar seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain.

Ini kerana keupayaan komunikasinya yang luar biasa. Beliau juga pernah menjadi pembantu Ancelotti ketika membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris.