Saya sebenarynya mendapat tahu bintang muda JDT sah menyertai Liga Thailand pada musim akan datang.
Tapi sebelum ni tak sempat nak tulis pasal beliau. Maklumlah busy (alasan glamer).
Dominic Tan dilaporkan setuju dengan kontrak 2 tahun bersama kelab tersebut.
Dominic Akan Beraksi Di Thai League 1, Sertai Police Tero FC Dengan Kontrak 2 Tahun
Aku cuma nak ucapkan selamat maju jaya kepada Dominic Tan. Apa yang beliau buat ini adalah demi kebaikan kariernya.
Bukan aku cakap JDT tak bagus, tetapi aku lebih menilai Dominic pergi kerana beliau mahu mendapatkan lebih banyak minit.
Dominic sebelum ini sudah mengumumkan bahawa beliau tidak akan beraksi untuk JDT pada musim baharu. Mengakhiri detik 4 musim ketika bersama Harimau Selatan.
Dengan lambakan pemain yang berkualiti di dalam pasukan JDT dan pemain seperti Aidil yang masih ada peak, rasanya langkah ini terbaik untuk Dominic Tan.
Aksi beliau dalam Sukan SEA tempoh hari antara aksi terbaik beliau. Walaupun Malaysia secara keseluruhannya ada kempen yang kurang memuaskan.
Namun secara individu, aku rasa Dominic adalah antara pemain terbaik. Beliau menunjukkan lebih kematangan di dalam permainannya pada kali ini.
View this post on InstagramA post shared by Dominic Tan Jun Jin (@dominictjj) on
Beliau memiliki latar belakang karier yang sangat baik. Bermain untuk pasukan JDT dan dipinjamkan ke luar.
Dan pinjaman ke Thailand itu terus menarik minat pengurusan pasukan tersebut untuk menjadikannya pemain pasukan mereka.
Ini adalah salah satu contoh terbaik kepada pemain lain untuk keluar daripada comfort zone.
Kita bukan kata Dominic Tan confirm akan berjaya. Ini bola sepak bang.
Alexis Sanchez pun boleh jatuh masuk ke Manchester United ketika masih prime. Benda ni orang kata cabaran baharu dalam kehidupan pemain bola sepak.
Pemain profesional sentiasa mendambakan minit yang banyak dalam semusim untuk memastikan mereka lebih tajam.
View this post on InstagramA post shared by Dominic Tan Jun Jin (@dominictjj) on
Sebagai penyokong Malaysia, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mana mana pemain kita yang berkelana ke luar negara.
Bola sepak adalam proses pembelajaran yang berterusan dan tak akan mati.
Cabaran di luar negara itu memang akan ada. Jangan kata bermain bola, nak melancong pun ada cabaran tau kalau ke luar negara.
Pastinya kredit kepada jurulatih yang banyak membantu karier beliau sepanjang pembangunannya juga harus diberikan terutama sekali di JDT.
Dominic Tan merupakan pemain bek tengah yang memiliki keupayaan untuk membaca permainan yang bagus.
Beliau boleh bermain dalam sistem bek berempat dan bek bertiga. Menjadi pemain penting skuad Datuk Ong Kim Swee sebelum ini.
Semoga sukses.