Dari Pena Bang Jamil: Saya Pilih Selamat Tinggal Dunia Sebagai Magnum Opus Butterfingers

Saya cuma mula mendengar Butterfingers ketika form 3 untuk album Butter Worth Pushful. Sebelum tu dah dengar nama lah dan baca dalam majalah, zine tapi tak pernah dengar lagu.

Dulu bukan macam sekarang, internet pun takdak. Bukan zaman di hujung jari.

Ingat lagi masa tu lepak dengan geng jamming, baru balik pasang khemah kenduri kahwin (part time). Tengah lepak main gitar tetiba dengar member saya petik Vio Pipe.

(Foto: Redbull.com)

Masa dengar terus rasa, “Wow, lagu menda ni?”. Terus member bagi dengar lagu sedap lain dalam album tu macam Girl Friday, e, Stolen, etc.

Penyambung album seterusnya Transcendence yang buat saya (dan ramai remaja Malaysia masa tu) menggila dengan Butterfingers. Dengarlah lagu Chemistry dan epitome. Memang killer albumlah masa tu.

Next album Malayneum terus terang saya tak berapa masuk sangat. Mungkin sebab masa tu ledakan muzik indo.

Masa tu dah layan Padi, Shiela On 7, etc. Tapi sempat jugak saya buat presentation kat UPM guna background muzik lagu Malayneum (sila dengar).

Ingat lagi lepas present lecturer tegur saya, “Aku suruh buat presentation bercakap, kau buat video klip!” Kahkah.

Memang group saya je masa tu bantai buat video untuk presentation. Siap guna lagu Butter beb! Member group lain bagi je saya nak buat apa, hah siap video.

Dorang diri belakang je masa present. Masa tu baru belajar window movies maker, memang eksperimen saja.

Sayang banyak video saya buat hilang bersama cpu saya yang mana entah lesap.

Video guna Vio Pipe pun ada buat. Ada tertinggal 1 boleh cari kat Youtube. Carilah sendiri, tapi tu guna lagu Salam Terakhir – Sudirman. 😌

Selamat Tinggal Dunia – Magnum opus Butterfingers

Tapi guys, album magnum opus bagi Butterfingers, pada sayalah, Selamat Tinggal Dunia. Memang bertahunlah masa tu pergi mana mesti bawak kaset ni (pun hilang mana entah 😓).

Rasa betul-betul wow bila dengar album ni.

Saya tahu ramai mengkritik (terutama khalayak dari 1.2 Miligram, Butter Worth Pushful) album ni.

Peduliklah. Aku suka, aku punya sukalah kan. Susah nak cakap.

Album ni yang paling solid pada aku, Ada influent nusantara yang cool.

Masa tu ledakan muzik indo kat mainstream Malaysia teruk gila.

Peluru nak lawan indo pop

Tapi bila Butterfingers keluar STD, lepas tu ada band lain lagi macam OAG keluar Slumber.

Flop Poppy, Pretty Ugly… buat saya fikir macam… lagu bahasa melayu kita boleh counter scene indon woi!

Sebab tu kalau bikin next concert, aku harap Butterfingers buat Selamat Tinggal Dunia.

Album terbaik mereka. Cubalah dengar Cuai, Kabus Ribut, Urusan Seri Paduka Baginda, etc. Lepas tu buat pulak kat JB. Pehhhhhh!!

“Hujan terjadi sebab album itu la, sebenarnya. Kalau tiada album Selamat Tinggal Dunia, Hujan tak jadi,” – Noh

Artikel asal dikelepet daripada FB Bangjamil

Baca yang lain