Selamat Tinggal Tok Gajah

Kapten Pahang yang juga bek kanan pasukan kebangsaan, iaitu Matthew Davies sah meninggalkan pasukan Pahang.

Ianya adalah satu perpisahan yang beliau sifatkan sangat sukar selepas berkhidmat bersama Pahang sejak 2015.

Beliau kemudian telah mengukuhkan kedudukannya di dalam kesebelasan utama pasukan Pahang. Dan seterusnya Matthew Davies telah menjadi pemain utama skuad Harimau Malaya.

Kelebihan beliau adakah kemampuan bertahan dan juga menjadi pembekal antara lintang kepada penyerang ataupun target man.

Matthew Davies juga seorang game reader yang sangat baik. Dan tak lupa kualiti kepimpinan beliau apabila berada di atas padang.

Jadi tidak hairan untuk melihat nama beliau seringkali dikaitkan dengan pasukan lain.

Davies dengan nada sedih menulis menerusi laman sosial beliau:

“Hari ini merupakan hari yang pahit manis bagi saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama Pahang FA.

Setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan, saya terpaksa memberitahu perpisahan saya.”

Davies kemudian menyatakan bahawa Pahang akan sentiasa ada tempat di hatinya buat selamanya.

“Amat sukar untuk saya ungkapkan dalam kata kata, bahawa negeri ini amatlah bermakna bagi saya dan betapa sukarnya untuk dipisahkan.⁣

Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para2 peminat.”

Akhir sekali Davies mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana sentiasa percayakan beliau.

Menjadi kapten Pahang adalah pengalaman yang indah serta satu penghormatan bagi Matthew Davies.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016.

Ini adalah penghormatan bagi saya dan saya akan mengingati detik2 manis ini selama-lamanya. Walaupun saya berada di tempat lain, Pahang tetap di hati saya.”

Kelmarin Matt Davies menyatakan beliau akan kekal bersama Pahang.

Tetapi lewat malam semalam Harian Metro melaporkan bahawa Matthew Davies sah akan keluar meninggalkan pasukan Pahang.

Persiapan pasukan Pahang musim ini agak perlahan. Di mana mereka masih belum menentukan senarai akhir pemain yang akan beraksi untuk mereka bagi menghadapi musim 2020.

Liga super Malaysia akan bermula dalam masa kira kira dua minggu lagi.

Kehilangan Davies pastinya akan dirasai oleh Pahang. Beliau merupakan pemain penting Pahang dan pernah membantu Pahang menjulang Piala FA.

Siapakah yang bakal menggantikan tempat Matthew Davies, sama ada secara posisi ataupun menggalas tugas selaku kapten pasukan Pahang.

Ke manakah pula destinasi seterusnya Matthew Davies. Adakah beliau akan kekal di MSL Dan menyertai pasukan di Malaysia? Ataupun berkelana ke luar negara?

Baca yang lain