Selangor 0 Penang 2: Lima Perkara Menarik Tentang Perlawanan Ini

Penang meraih kemenangan kedua selepas 5 perlawanan apabila berjaya menewaskan Selangor 2-0 Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi. Dua jaringan melalui pemain sayap lincah, Al Hafiz Harun dan Daniel Ashraf Abdullah memadai buat skuad bimbingan Thomas Trucha meraih 8 mata setakat ini.

Penang turun tanpa 2 tonggak penting iaitu Endrick dos Santos dan Ryuji Utomo. Tempatnya diganti oleh Daniel Ashraf dan Latif Suhaimi. Kedua-dua pemain ini berjaya menampung ketiadaan 2 tonggak utama melalui persembahan terpuji.

Pada perlawanan sebelumnya, ketika terikat dengan UiTM (0-0), Ashraf dan Latif sudah diturunkan pada 30 minit terakhir permainan. Mereka lebih mudah mendapat rentak apabila disenaraikan oleh Truca dalam kesebelasan utama.

Lima perkara digarikan oleh kami tentang perlawanan ini.

1. SELANGOR GAGAL MENGAMBIL PELUANG

Pada 1/4 perlawanan, Penang masih lagi mengamalkan permainan secara terbuka. Masih terdapat ruang besar di bahagian pertahanan mereka. Selangor mula memampatkan serangan di zon 14 dengan 5 pemain.

Alif Haiqal, Oliver Buff, Brendan Gan, Shahrel Fikri dan Ifedayo Olusegun akan memenuhi ruang tersebut apabila Syahmi Safari dan Ashmawi Yakin mula naik ke bahagian sisi serangan bagi melakukan hantaran lintang.

Situasi tersebut melihat Selangor menghasilkan 7 percubaan. Ifedayo menjadi pemain pertama melakukan percubaan seawal minit pertama. Selepas itu Azwan Aripin terpaksa melakukan blocking bagi menghalang percubaan Selangor.

Giliran Alif melakukan percubaan dari luar kotak penalti. Brendan Gan melakukan percubaan melalui tandukan pada minit ke-12. Alif sekali menguji Samuel Sommerville dan Shahrel tidak ketinggalan melakukan percubaan minit ke-24.

Hampir kesemua percubaan tersebut tidak menepati sasaran. Penang mula sedar mereka menerima ancaman kuat di bahagian tengah pertahanan dan mereka mula memadatkan ruang tersebut. Serangan Selangor mula menjadi lebih sukar, pasukan ini tidak menggunakan kesempatan ketika zon itu masih belum padat.

Hantaran Khairu Azrin membunuh sisa perjuangan Selangor apabila Danial Ashraf menyempurnakannya

2. PENANG EFEKTIF DENGAN PELUANG TERHAD

Penang hanya 3 percubaan pada babak pertama, pasukan ini agak jarang berpeluang memebina serangan tetapi mereka cukup efektif dengan peluang. 2 dari 3 peluang tersebut cukup bahaya dan boleh menghasilkan gol.

Bagaimanapun 1 dari 2 situasi itu, Penang sudah meraih meraih 1 gol. Percubaan PEnang hanya muncul pada minit ke-27 melalui sepakan lemah Casagrande di luar kotak menuju tepat ke arah Khairul Azhan.

Pada minit ke-35 larian lincah dari Al Hafiz yang berjaya melakukan hantaran lintang ke kawasan kotak 6 ela gagal ditolak kemas oleh Casagrande. Peluang paling besar dilepaskan oleh penyerang Brazil itu dalam perlawanan itu.

Al Hafiz tidak menunggu lama, 2 minit selepas itu dia sekali menggunakan kekuatan lariannya untuk membantu Penang meraih gol pembukaan. Momen serangan Penang berulang lagi pada 18 minit terakhir permainan.

Hantaran Khairu Azrin Razali memecah blok pertahanan Selangor yang dikawal oleh Tim Heuback dan Safuwan Baharuddin, Danial Ashraf melakukan larian tepat untuk menewaskan Khairul Azhan.

Selangor mencipta banyak percubaan, Penang cukup efektif dengan peluang.

3. CORAK SERANGAN SELANGOR KURANG IDEA

Apabila Penang mula memadatkan ruang pertahanan mereka, kesan dari tekanan kuat oleh Selangor di zon 14, Selangor tidak mempunyai idea yang jelas menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Selangor lambat meningkatkan intesiti permainan bagi memecah blok padat. Ada satu masa Selangor bermain dengan tempo yang lebih laju dan combination play baik disekitar kotak penalti Penang. Tetapi ia tidak bertahan lama.

Selangor mempunyai 4-5 pemain dikawasan tersebut tetapi tidak seorang pun menjadi playmaker atau pemain kreatif untuk menghasilkan hantaran yang boleh memecah blok pertahanan Penang.

Selangor kerap memilih untuk bermain hantaran silang walaupun Sommerville banyak kali menggunakan ketinggiannya memintas bola di udara.

Dua gerakkan Al Hafiz dalam tempoh 2 minit menghasilkan 1 jaringan dan 1 peluang besar kepada Casagrande

4. PERSEMBAHAN AL HAFIZ HARUN

Pemain ini membbuktikan dia adalah pilihan tepat buat Truca di bahagian sayap kanan pasukan. Manzoor Azwira merupakan jurulatih yang bertanggungjawab memberi platform besar kepada pemain berusia 27 tahun tersebut.

Al Hafiz membuat 0(2) penampilan pada tahun 2019, kemudiannya tampil dalam kesemua 11 perlawanan liga musim lepas. Truca terlebih dahulu memberi peluang kepada Wan Faiz Sulaiman pada 2 perlawanan awalnya. Kemudian Al Hafiz mula merebut peluang dan membuktikan dirinya boleh menjadi pemain penting dalam skuad Truca.

Lariannya mampu menyusahkan pasukan lawan. Dia cukup baik dalam menawarkan hantaran dan penyudah akhir.

5. PERANAN BRENDAN GAN TERHAD

Brendan banyak terlibat dengan bola dibahagian kiri pasukan. Pemain ini sering menunjukkan permainan efektif apabila berada di zon 14 pada musim lepas. Malah dia juga boleh menampilkan kreativiti serangan di kawasan tersebut dalam skuad Malaysia.

Selangor tidak menggunakan kemampuan maksima dari pemain kacukan Malaysia-Australia itu. Alif dan Oliver Buff kerap berada disana.

Walaupun Selangor mempunyai 3 penjaring terbaik musim lalu, Karsten Nietzel belum menjumpai ramuan tepat untuk membentuk serangan tajam.

Pada musim lepas Mehmet Durakovic memberi peranan lebih besar kepada Shahrel untuk berada dalam kotak penalti lawan. Shahrel kini hanya berperanan di luar kotak penalti.

RUMUSAN

Dalam perlawanan semalam, Penang bukanlah pasukan lebih baik berbanding Selangor tetapi mereka efektif dengan peluang. Selangor pula buntu untuk membina serangan akhir yang boleh menghasilkan percubaan tepat.

Selangor gagal menyelesaikan masalah ruang padat yang dilakukan oleh Penang disamping mencari kelemahan Sommerville.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan