Selangor Buat Video Forever Red, Tribute Untuk Syahmi Safari Yang Angkat Kaki

Selangor FC mengesahkan bahawa Syahmi Safari yang akan pergi meninggalkan Selangor untuk menyertai pasukan lain pada musim akan datang.

Dalam kenyataan rasmi kelab menerusi laman Facebook Selangor FC, kelab berkata:

“Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya, Wak Mi [Syahmi Safari]!”

“Gergasi Merah hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada Syahmi Safari setelah kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.”

Seterusnya Selangor mengesahkan bahawa kelab menerima pampasan pembayaran pampasan perpindahan. Dan Selangor FC akan menggunakan wang tersebut untuk pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.

Namun angka tersebut tidak dinyatakan secara rasmi. Selangor memberikan jaminan bahawa Syahmi hanya dilepaskan selepas kelab mendapat calon pengganti yang setaraf dengan pemain iotu.

Selangor FC menambah:

“Biarpun berat untuk Kelab melepaskan Syahmi, persetujuan bersama ini dibuat berdasarkan pembayaran pampasan yang boleh membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.”

“Selain itu, Kelab juga hanya bersetuju apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan ini.”

“Selangor FC amat menghargai khidmatnya bersama Gergasi Merah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Wak Mi di dalam karier bola sepaknya.”

Syahmi Safari menjadi bintang kesayangan penyokong Selangor. Kerana beliau merupakan bakat tempatan yang dibangunkan sehingga menjadi pemain utama dan pemain kebangsaan.

Namun sayangnya, jodoh tidak panjang di antara Syahmi dengan Gergasi Merah.

Kemudian, Selangor FC membuat video tribute kepada Syahmi Safari yang berjudu Forever Red.  Rangkuman kariernya sejak dari kecil lagi sehinggalah dia menjadi pemain utama Selangor serta menjadi pemain kebangsaan.

Saksikan: