The Red Giants telah berusaha keras untuk menjadikan Stadium Shah Alam sebagai tempat mereka beraksi sebagai home. Stadium Shah Alam memang sudah lama menjadi home kepada Selangor.
Namun ada beberapa isu membuatkan Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan sebelum ini.
Setiausaha Agung Selangor, Johan Kamal Hamidon telah mendedahkan kepada Goal bahawa pasukan Liga Super tidak akan bermain perlawanan home mereka di Stadium Shah Alam untuk baki musim 2020 mereka.
Pasukan utama The Red Giants akan berkongsi stadium dengan pasukan Liga Super UiTM FC di Stadium UiTM. Manakala pasukan pembangunan mereka yang beraksi dalam Liga Premier akan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Kami telah memutuskan untuk tidak meneruskan beraksi di Stadium Shah Alam sehingga akhir musim. Pasukan utama akan bermain di Stadium UiTM, sementara pasukan simpanan akan berkongsi Stadium (MBPJ).”
.@FASelangorMy won't play at Shah Alam Stadium for remainder of 2020…and perhaps longerhttps://t.co/Fzd7kIvd04
— Goal Asia (@Goal_Asia_) July 22, 2020
“Terlalu banyak perkara yang tak pasti berkaitan Stadium Shah Alam. Masalahnya adalah, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat kita kendalikan; seperti kos pembaikan dan kekangan masa.”
“Kami tidak mahu berpindah ketika pertengahan musim ini, dan kami mahu pasukan kami dapat menumpukan perhatian untuk bermain, “katanya kepada Goal.
Ketika ditanya mengenai adakah stadium Shah Alam akan siap untuk musim yang akan datang? Beliau memberikan respon yang agak tak pasti.
“Masih sangat awal untuk mengatakan tahun depan. Kerajaan negeri Selangor (pemilik Stadium Shah Alam) boleh menutup stadium selama satu atau dua tahun untuk membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian berlangsung dengan betul.”
“Sekali lagi, ada benda yang masih samar samar. Tetapi kami akan membuat keputusan mengenai tempat home kami lebih awal sehingga rancangan kami untuk musim ini diteruskan dan program pengaktifan dapat dijalankan lebih awal daripada kemudian.”
“Dengan cara itu, kami tak perlu nak pening kepala lagi dah soal perkara ini.”
Stadium yang berkapasiti 80,000 itu pada mulanya dilarang mengadakan pertandingan liga Malaysia oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hanya beberapa minggu sebelum musim 2020 bermula, kerana kebimbangan keselamatan yang disebabkan oleh bumbungnya yang usang.
Satu-satunya aksi tuan rumah oleh Selangor ini musim ini sebelum liga ditangguhkan adalah aksi seri 1-1 menentang Perak, dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baru-baru ini MFL mengumumkan sambungan semula liga bermula 22 Ogos, dengan hanya tujuh perlawanan – baki pusingan pertama sahaja yang akan dimainkan.