Selebriti YouTube Direman Kerana Pukul Isteri Selepas Diiktiraf Ikon Ipoh

Selebriti YouTube, M. Sugu ditangkap hari ini (Rabu, 22 Julai) berikutan tuduhan bahawa dia mendera secara fizikal, isterinya S. Pavithra.

Gambar lelaki berusia 29 tahun itu diliha memakai pakaian lokap ungu ketika dia dibawa menuju ke sebuah van polis di perkarangan mahkamah pagi ini pada pukul 10 pagi.

Mahkamah Majistret kemudiannya telah mengeluarkan perintah tahanan reman 3 hari terhadap pelaku kesalahan tersebut.

NST melaporkan bahawa perbalahan antara pasangan selebriti itu berlaku di tempat letak kereta Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) pada hari Isnin (20 Julai) malam sekitar jam 10 malam.

Dikatakan Sugu marah dengan Pavithra kerana tidak memberikannya kredit semasa acara penganugerahan Ikon Bandaraya Ipoh.

Pertengkaran itu berlanjutan keesokan harinya di mana M.Sugu ketika itu ingin pergi ke hospital untuk mencari adik ipar perempuan.

Lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol itu telah meminta adik perempuan isterinya untuk menemuinya tetapi tidak berjaya.

Ini telah menyebabkan M. Sugu marah dan memukul isterinya.

Pada kira-kira pukul 5:54 petang pada hari yang sama, rumah pengawal hospital menerima panggilan daripada seorang jururawat yang mengatakan bahawa seorang lelaki mabuk yang bersenjatakan sabit rumput hendak memasuki Wad Obstetrik dan Ginekologi hospital.

Orang yang sama juga memberitahu bahawa Sugu telah mencari adik iparnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Direman 3 hari

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Lelaki yang memakai pakaian berwarna ungu dan digari itu, dibawa dengan van polis ke Mahkamah Majistret, kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki terbabit.

“Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.

Pasangan terbabit yang sebelum ini tinggal di kawasan estet, berpindah keluar mendiami sebuah kawasan perumahan di sini selepas suami Youtuber itu berhenti kerja demi membantu isterinya secara sepenuh masa mengendalikan program masakan.

Menjadi selebriti YouTube

S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai seramai 1lebih 780,000 suscribers – sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Pasangan yang tinggal di kuarters ladang kelapa sawit di sini itu juga boleh menarik nafas lega kerana sebagai Rakan YouTube, mereka mampu memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).

“Menu pertama adalah ikan tilapia bakar dan saya tunjukkan cara-cara memasak dengan mengggunakan bahasa Melayu. Dalam masa empat hari sahaja seramai 5,000 telah mengikut akuan YouTube saya dan selepas itu telah dapat e-mel daripada YouTube untuk menjadi rakan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Pavithra, ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong, Ipoh berkata dia dan suami tidak menyangka ramai yang menonton video memasaknya serta terus melanggan channel mereka, dan dianggap sebagai dorongan untuk mereka terus menghasilkan bahan lebih menarik.

Baru baru ini, S. Pavithra akan menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.

Ikon Ipoh

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pengiktirafan itu diberikan kepada Pavithra, 28, anak kelahiran Buntong di sini, kerana sering memuat naik video masakan bersama suaminya, M. Sugu di saluran YouTube sehingga dikenali ramai serta menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setiap anak bandar raya Ipoh kita akan bagi pengiktirafan seperti Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini. MBI ikhlas memberikan pengiktirafan ini kepada Pavithra kerana berjaya dikenali ramai dan resepi masakan mereka menjadi ikutan ramai ketika ini,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Rumaizi berkata MBI telah mengenal pasti 100 individu daripada pelbagai latar belakang termasuk Pavithra, antaranya usahawan, penggiat seni, penjawat awam, agamawan serta golongan pendidik yang akan menerima pengiktirafan itu.

“Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-32 pada tahun ini tidak dapat diadakan disebabkan penularan COVID-19, kita akan meraikan kesemua ikon ini pada sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.

Sebagai permulaan, katanya seramai 10 anak kelahiran Ipoh yang banyak memberi sumbangan dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam negara serta antarabangsa, akan diumumkan secara berperingkat.

Sementara itu, Pavithra, ibu kepada dua anak, merakamkan penghargaan kepada MBI yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan suami selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berjumpa Datuk Bandar di pejabatnya, pada Isnin.

Pasangan suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ di saluran YouTube itu turut pernah menjadi perhatian daripada Perdana Menteri.

Mereka juga menerima butang perak daripada YouTube.

Kenapalah jadi sampai macam ni bang. Sayang betul empayar yang dah dibina tu. Semoga baik baik sahaja.

Baca yang lain