Selepas 24 Tahun, Slam Dunk Kembali Tahun Depan

Ingat tak korang dengan siri manga Slam Dunk yang bergenrekan sukan? Pasti ingat kan, terutama sekali yang membesar pada 90-an.

Ianya mengisahkan sebuah pasukan bola keranjang Shohoku yang mahu menjadi pasukan terbaik di Jepun.

Manga tersebut sangat popular. Malah karakter di dalamnya ada peminatnya yang tersendiri. Ada yang membelanjakan wang yang banyak untuk memiliki barangan esklusif termasuk poster, action figure, mainan dan jersi Shohoku.

Malah, ada siri dalam alih suara Bahasa Melayu turut menjadi ikutan korang.

Malang sekali pada 1996, siri Slam Dunk terpaksa dihentikan secara mengejut. Tidak pasti apa masalahnya. Isu kontrak, isu tak cukup ilustrasi atau apa sahaja, masih tidak diketahui.

Jadi, jika anda kipas susah mati Slam Dunk, ada berita baik untuk korang. Ini kerana Slam Dunk akan kembali menemui anda pada April 2020. Kira-kira 24 tahun selepas ia terhenti.

Pada Selasa lalu, 26 November, penulis Slam Dunk iaitu Takehiko Inoue memuat naik satu status yang misteri termasuk beberapa konten komik tersebut yang tak sempat diterbitkan sebelum ini.

Slam Dunk baharu dengan judul  “PLUS/SLAM DUNK ILLUSTRATIONS 2” dijangka akan diterbitkan pada April 2020 dengan lebih 130 ilustrasi.

Menurut World of Buzz, ilustrasi mungkin akan menjadi kompilasi lukisan pada masa lalu dengan ilustrasi yang lain.

Terdapat juga 11 ilustrasi baru yang dibuat secara eksklusif untuk penyusunan ini, untuk membangkitkan semula cinta peminat manga itu yang pernah mekar pada satu ketika dahulu.

Oleh itu, jika anda menjangkakan bahawa akan ada cerita Slam Dunk yang baharu, itu mungkin tak berlaku.

Pastinya ramai yang mengharapkan ada garis cerita yang baharu dihasilkan.

Tetapi bagi peminat Slam Dunk, rasanya ia bukan masalah untuk mengimbas kembali cerita ini dan menikmati beberapa ilustrasi yang esklusif.

Jadi, sama-sama kita nantikan Slam Dunk kembali ke arena selepas ini. Dijangka keluaran khas ini akan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan