Selepas 957 Perlawanan, 565 Gol Akhirnya Zlatan Tersumbat Gol Ke Gawang Sendiri

Zlatan Ibrahimovic telah bermain sangat lama di arena bola sepak profesional. Namun setelah 957 perlawanan dan menjaringkan 565 gol, akhirnya Zlatan terjaring gol ke gawang sendiri buat pertama kalinya

Peristiwa rare itu berlaku ketika AC Milan berdepan dengan Bologna di tempat lawan dalam aksi Serie A.

Bertempat di Stadio Dall’Ara, AC Milan mendahului 2 gol menerusi Rafael Leao dan David Calabria.

Sebelum gol Calabria itu, Adama Soumaro dari Bologna dibuang padang ketika aksi baru berusia 20 minit selepas bentesan sebagai pertahanan akhir ke atas Rade Krunic.

Namun pasukan tuan rumah mendapat gol pertama untuk merapatkan jurang gol selepas Zlatan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49.

Keadaan menjadi lebih cemas buat AC Milan apabila Musa Barrow menjaringkan gol penyamaan.

Selepas itu, Bologna beraksi dengan 9 pemain. Ianya kerana Roberto Soriano pula dibuang padang kerana terjahan bahaya ke atas Fode Ballo-Toure.

Kedua dua pasukan tetap memiliki peluang gol masing masing. Namun Bennacer kembali meletakkan Milan di hadapan menerusi voli cantik pada minit ke-84.

Ketika aksi seolah olah akan berakhir 3-2, Zlatan Ibrahimovic menebus semula jaringan sendirinya dengan gol pada masa kecederaan untuk kemenangan 4-2 AC Milan.

Gol tersebut menyaksikan Ibrahimovic menjaringkan gol untuk kedua dua pasukan pada malam itu.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan