Selepas Argentina, Indonesia Mahu Beradu Kekuatan Dengan Portugal, Sepanyol Dan Belanda

Ketua Umum (KETUM) PSSI, Erick Thohir terus merevolusikan bola sepak Indonesia. Kini mereka mahu mengundang gergasi Eropah untuk menentang Indonesia pada aksi persahabatan – menurut Bola Sports.

Peminat bola sepak Indonesia pasti masih ingat dengan aksi Argentina menentang Garuda. Di mana Garnacho sempat merasai bentesan Asnawi Mangkualam.

Indonesia ketika ini memiliki salah satu pasukan terkuat di Asia Tenggara, dan antara pasukan yang kekal bersaing dalam kelayakan Piala Dunia 2026.

Akui standard pasukan Indonesia sudah naik, maka Erick Thohir kini sedang mengintai peluang menguji pasukan seperti Belanda, Sepanyol dan Portugal.

“Standard pasukan Indonesia kini sudah naik, dan bukan lagi seperti dahulu. Kita sudah melawan pasukan seperti Jepun, Arab Saudi dan Australia. Jadi memang ada peningkatan dan lebih baik,” tegas beliau.

Beliau menambah: “Agenda kami di masa akan datang adalah untuk menjemput beberapa lagi pasukan lain. Jika sebelum ini kita sudah menentang Argentina, jadi adalah tidak mustahil untuk kita menjemput pasukan pasukan besar yang lain seperti Belanda, Sepanyol, dan Portugal datang.

“Jadi jika mahu menang ke atas pasukan pasukan seperti, kita harus memiliki kualiti yang  baik,” tambah tokoh kesayangan peminat bola sepak Indonesia itu lagi.

Seterusnya Erick Thohir mengingatkan penyokong Indonesia agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika aksi bola sepak untuk menarik minat pasukan luar datang berlawan dengan Indonesia di masa akan datang.