Ketua Pegawai Eksekutif / CEO Manchester City, Ferran Soriano telah menepis dakwaan bahawa pasukan Pep Guardiola hanya berjaya kerana wang yang mereka belanjakan untuk pembelian baru.
Dan kemudian dia sempat menyindir Chelsea, Arsenal dan Manchester United yang menurutnya, telah berbelanja lebih besar daripada mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Man City membelasah Real Madrid 4-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada malam Rabu untuk memastikan tempat mereka ke perlawanan akhir menentang Inter pada 10 Jun.
Pasukan Guardiola juga dalam landasan selesa untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Man City boleh mengesahkan kejuaraan mereka pada hujung minggu ini jika mereka menewaskan Chelsea di Stadium Etihad pada hari Ahad.
Mereka juga berada di landasan untuk memenangi treble musim ini ketika mereka menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA.
Kejayaan City telah dibayangi dengan kritikan daripada ramai pihak, selepas Premier League mendakwa kelab itu pada Februari kerana melanggar peraturan kewangannya lebih daripada 100 kali dalam beberapa tahun.
Tetapi walaupun berdepan pelbagai dakwaan doping kewangan, Soriano menegaskan City tidak berbelanja secara berlebihan berbanding saingan Liga Perdana Inggeris mereka yang lain.
Ferrán Soriano, CEO del @ManCityES:
"En los últimos años en Inglaterra nunca hemos sido el club que más dinero ha invertido: el Chelsea, el United o el Arsenal han invertido más"
"Esto de que ganamos porque hemos invertido mucho dinero no es verdad". #LaCasaDelFútbol #UCL pic.twitter.com/y0OW0D3TAk
— Fútbol en Movistar Plus+ (@MovistarFutbol) May 17, 2023
Dalam pembelaan secara langsung dilakukannya berkenaan perbelanjaan City berikutan kemenangan mereka ke atas Madrid pada petang Rabu, Soriano memberitahu Movistar: “Lihat, anda hanya perlu melihat pelaburan dalam pemain di England pada tahun lepas, tiga tahun, lima tahun… kami bukan kelab membelanjakan paling banyak untuk pemain.”
‘Terdapat banyak kelab lain yang melabur lebih banyak wang daripada kami – Chelsea, Manchester United, Arsenal.”
Man City CEO Ferran Soriano hits back at transfer spending accusations: ‘Chelsea, Manchester United and Arsenal have spent more than us’: https://t.co/JoeEXcpJC6
— #KTBFFH (@ChelseaNewsApp) May 18, 2023
“Mengatakan bahawa kami telah membelanjakan banyak wang dan kami menang kerana itu adalah tidak benar.”
Soriano turut membincangkan prospe k bahawa Manchester City akhirnya akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab.
“Liga Juara-Juara adalah agak sedikit simbolik,” katanya lagi.
“Kami bekerja setiap hari untuk Liga Perdana Inggeris, ia adalah kejohanan yang sangat sukar untuk dimenangi. Jika kita melakukannya tahun ini, ia akan menjadi yang ketiga berturut-turut, lima dalam enam tahun.”
“Dari pengalaman saya, saya tahu anda tidak boleh mendasarkan semua strategi anda untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah, kerana ia bergantung kepada keputusan undian, hari yang buruk… tetapi ya, apabila kami memenanginya, yang akan kami lakukan satu hari nanti, ia akan menjadi sesuatu simbolik.”
Ferrán Soriano, CEO of Manchester City: “In the past few years, we are never the club spending the most on players, there are many other clubs investing more money than us: Chelsea, Manchester United, Arsenal… Saying that we’ve spent a lot of money and we won because of that is just not true.”
by u/teiraaaaaaa in soccer