Selepas Berbulan Lamanya UEFA Sahkan Jerman Patut Dapat Penalti Kerana Cucurella Handball

Sudah berbulan-bulan sejak Kejuaraan Eropah UEFA berakhir, sejak Jerman tewas secara tragis kepada Sepanyol pada suku akhir kejohanan itu, UEFA memutuskan untuk mengejutkan peminat bola sepak dengan satu kenyataan rasmi.

UEFA mengeluarkan hasil siasatan ke atas insiden semasa suku akhir yang sangat dramatik, Marc Cucurella melakukan sentuhan dengan bola dengan lengannya, di dalam kotaknya sendiri, yang dalam keadaan yang kebiasaannya akan membawa kepada penalti.

Namun tidak dalam perlawanan ini. Atas sebab yang sangat misteri, pengadil permainan, termasuk VAR, memutuskan untuk tidak memberikan penalti kepada Jerman, keputusan yang boleh membawa kepada kemenangan Jerman.

Beberapa bulan kemudian, UEFA telah mengeluarkan kenyataan yang mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pegawai perlawanan ketika itu. Menurut Jawatankuasa Pengadil UEFA:

“Mengikut garis panduan terkini UEFA, sentuhan tangan ke bola yang menghentikan percubaan ke arah gol harus dihukum dengan lebih tegas, dan dalam kebanyakan kes, sepakan penalti harus diberikan, melainkan tangan pemain pertahanan berada sangat dekat dengan badan atau bersentuhan dengan badan.

“Dalam kes ini [Cucurella], pemain pertahanan menghentikan percubaan ke gawang dengan lengannya, yang tidak begitu dekat dengan badan, menjadikan dirinya lebih besar, jadi sepakan penalti sepatutnya diberikan.”

Lebih gila apabila UEFA seolah olah menyekolahkan orang lain dengan kenyataan bahawa, orang yang ada pengetahuan bola sepak tahu bahawa itu adalah handball. OMG…

UEFA menambah: “Sesiapa yang mempunyai sedikit pengetahuan bola sepak boleh menyimpulkan ini sendiri. Jawatankuasa Pengadil UEFA secara berkala menganalisis permainan dan keputusan yang dibuat oleh pengadil pada masa lalu, untuk menjadikan mereka pengalaman pembelajaran untuk pengadil pada masa hadapan. Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan, dan pengadil antarabangsa berhak dimaklumkan bahawa ia sepatutnya berakhir dengan penalti.”

Kenyataan UEFA itu membuatkan legenda Jerman, Toni Kroos bengang. Mana taknya, selepas berbulan bulan lamanya baru keluar hasil kajian tentang handball tersebut. Sedangkan mereka ada teknologi VAR yang canggih yang sepatutnya boleh menilai insiden itu dalam beberapa minit pada hari perlawanan.

Kroos berkata:  “Mereka mengambil masa tiga bulan untuk menyedari itu handball, sesuatu yang hampir semua orang dapat lihat dalam sesaat. Itu sangat meyakinkan saya (ketawa). Bolehkah saya katakan bahawa saya kini juara Eropah kerana mereka telah mengesahkannya secara rasmi? Saya tidak fikir begitu.”