Beberapa bulan lalu Phillips mengeluarkan beberapa kenyataan membidas Manchester City dan Pep Guardiola.
Ketika itu dia baru sahaja menyertai West Ham secara pinjaman. Pemain itu berterus terang menyatakan dia mahu terus kekal di West Ham selepas tempoh pinjamannya tamat hujung musim ini.
Namun situasinya kini tidak seperti yang dia harapkan. Kerana dia harus kembali semula ke Man City, dengan West Ham tidak berminat untuk membelinya secara tetap.
Prestasi kurang meyakinkan sejak menyertai West Ham dan kini dia dilanda pula kecederaan yang memaksanya menamatkan musim lebih awal. Telah menamatkan terus impiannya untuk kekal di kelab itu.
Phillips akan dipulangkan ke Man City. Dan dia akan berada dalam senarai jual sekali lagi.
🚨🏴 Kalvin Phillips will surely leave West Ham at the end of the season, plan already decided weeks ago.
Kalvin will be back to Manchester City with club open to solutions, including Leeds interest and more.
❗️ He’s now gonna be out due to injury, as @Dan_Sheldon_ reported. pic.twitter.com/ClKV2T6NuB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 4, 2024
Beberapa minggu lalu, Kalvin Phillips sempat mengacungkan jari tengah kepada peminat West Ham yang melabel dia sebagai tak berguna.
Kisah Phillips hentam Guardiola ibarat tiada esok
Kalvin Phillips terbuka melabel Pep Guardiola seorang pengurus yang biadap sehingga mengoyakkan hatinya. Dia juga menganggap Man City tidak melayannya dengan baik seperti mana Leeds.
Kalvin Phillips ditandatangani dari Leeds United sebelum ini dan ketika itu dia menjadi rebutan banyak kelab.
Manchester City mendapatkan Phillips dengan harga £45 juta. Namun dia gagal menjadi pemain utama di kelab tersebut.
Walaupun City kehilangan beberapa pemain tengah yang meninggalkan kelab dan cedera, dia terus menjadi pemain yang gagal meyakinkan Guardiola.
Sehingga Guardiola memberitahu bahawa dia sudah berputus asa dengan Kalvin Phillips dan mengakui dia gagal menjadi jurulatih yang baik kepada pemain itu.
“Saya simpati dengan Kalvin Phillips. Saya mahukan personaliti dan karakter yang baik, dia adalah contoh sempurna.”
“Ianya cuma, saya menggambarkan sesuatu, menggambarkan pasukan, saya agak sukar untuk melihat dia dalam pasukan ini. Itu sahaja,” tegas pengurus itu.
🔵🏴 Guardiola: “I'm so sorry for Kalvin Phillips”.
“I ask for good personality and also good character and he’s perfect example…”.
“It’s just because I visualise something, I visualise the team and I struggle a little bit to see him. That’s all”. pic.twitter.com/uBA8qd1WCk
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 8, 2023
Kalvin Phillips kini bersama dengan West Ham. Baru baru ini dia menyatakan dia mahu bermain bola sepak.
Ketika di Man City, dia hanya di bangku simpanan. Walaupun kelab itu memenangi banyak piala namun dia mendedahkan dia hilang nikmat atau rasa tak berguna kerana dia tak menyumbang banyak di atas padang, sekadar duduk di bangku simpanan.
Apa yang mengejutkan, Phillips yang secara asasnya masih pemain Man City telah mengecam cara Guardiola bercakap sehingga dia terasa aib.
Selepas Piala Dunia 2022, Pep Guardiola tidak gembira dengan kondisi Kalvin Phillips ketika pemain itu kembali. Di mana pemain itu mengalami kegemukan ataupun terlebih berat badan. Phillips melepasi had BMI yang unggul seorang atlet ketika kembali ke kem Man City.
Pep Guardiola tidak pasti di mana silapnya. Sama ada kejurulatihan Three Lions gagal dalam program latihan mereka ataupun pemain itu sendiri yang tidak berdisiplin.
Guardiola berkata: “Dia tak cedera. Cuma ketika dia kembali ke Mana City, dia dalam keadaan terlebih berat badan.”
“Saya tak tahu kenapa. Dia tidak tiba di sini dalam keadaan yang sesuai untuk menyertai latihan atau bermain.”
Pep Guardiola on Kalvin Phillips: “He’s not injured – he arrived [back at #ManCity] overweight. I don’t know [why]. He didn’t arrive in the condition to do training sessions and to play.” [via @MailSport]
— City Xtra (@City_Xtra) December 23, 2022
Dia pemain yang hebat sebelum itu. Namun kemudiannya dia semakin sukar untuk mendapatkan minit permainan. Selain daripada krisis prestasi, dia juga kerap dilanda krisis kecederaan.
Mujur Gareth Southgate bermurah hati menyertakan namanya dalam skuad kebangsaan England untuk Piala Dunia 2022. Mungkin mengenang jasa pemain itu yang cemerlang ketika Euro 2020 yang lalu.
Keluarganya terutama sekali emaknya juga rasa marah dengan Guardiola ketika pengurus itu melabel dia gemuk.
“Selepas Piala Dunia, ianya mungkin detik paling sukar untuk saya apabila Pep secara terbuka cakap saya terlebih berat badan.
“Dia tak salah, dia pun betul nak cakap begitu, namun ada beza pada cara dia bercakap tentangnya.
“Saya bukannya tak setuju dengan dia, namun itu memberikan kesan yang sangat besar kepada keyakinan saya dan apa yang saya rasa di City.
“Keluarga saya juga sangat kecewa dengan komen itu, terutama sekali emak saya.
“Orang boleh je sewenang wenang cakap saya terlebih berat 10 kg. Padahal saya mungkin terlebih berat hanya sekitar 1.5 kg je kot daripada sasaran saya.”
🚨 Kalvin Phillips: “When Pep came out and said I was overweight, he was right to do so… but there are different ways to go about it”.
“I did not disagree but obviously it took a big knock on my confidence”.
“My family were not happy about it, either. Especially my mum”.… pic.twitter.com/Ln4Xb6tubF
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 11, 2024
Komen Kalvin Phillips ini seakan akan sudah mengesahkan bahawa pemain itu sudah tidak memikirkan lagi untuk bermain di bawah Guardiola di City selepas ini.
Peminat City benar benar terkejut dengan Kalvin. Kerana menurut mereka Guardiola memang pengurus yang jenis suka berterus terang.
Dia pernah mengkritik berat badan Riyad Mahrez sebelum ini namun pemain itu menjadikannya motivasi untuk memperbaiki diri dan akhirnya dia menjadi antara pemain paling penting City setiap musim.
Pep even said that to Mahrez lol
— Foden•is•HIM•MCFC• (@stramblerasa) February 13, 2024
Ada yang berkata, Kalvin Phillips terlalu manja, tipikal pemain Inggeris yang cepat sentap terutama sekali dengan jurulatih luar.
Guardiola kemudian tampil meminta maaf jika kenyataannya telah membuatkan Phillips dan keluarganya terluka. Menurut pengurus itu, dia mungkin silap dalam pemilihan ayat. Namun dia tak pernah berniat mahu menghina pemain itu.