Selepas Beriya Nak Haramkan TikTok, Trump Buat U Turn Dan Menyokong Microsoft Dalam Bidaan Pengambilalihan

Sebelum ini Donald Trump menyatakan beliau mahu mengharamkan TikTok dari muka bumi Amerika Syarikat.

Semboyan memerangi TikTok itu dilaungkan Trump sejak tahun lalu lagi. Ini kerana menurut beliau TikTok tak selamat dan mencuri data peribadi pengguna.

Namun kenyataan terbaru Microsoft pula bakal menyaksikan Trump akan membuat u turn.

Hal ini kerana Microsoft mengesahkan mereka dalam rundingan untuk pengambilalihan TikTok. Perkara itu disahkan oleh Microsoft pada Ahad.

Microsoft turut menyatakan bahawa Donald Trump adalah sebahagian daripada individu yang akan terlibat dalam rundingan itu.

TikTok telah menjadi subjek pemeriksaan dan pemantauan oleh banyak negara sejak akhir-akhir ini, dengan banyak kerajaan menuduh aplikasi perkongsian video berkongsi data pengguna dengan pemerintah China.

Presiden Donald Trump mendakwa dia akan melarang TikTok minggu lalu, dan laporan dari Bloomberg menyatakan dia bahkan boleh memerintahkan syarikat induk yang berpangkalan di China ByteDance untuk menjual aplikasinya.

Dan kini Microsoft sedang dalam proses untuk memiliki TikTok.

Tidak pasti sama ada Trump akan menggunakan wang daripada pentadbirannya untuk terlibat dalam pembelian tersebut.

CEO Microsoft iaitu Satya Nadella sudah berjumpa dengan Trump untuk prospek pemilikan tersebut.

Microsoft dalam kenyataan mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Trump dan kerajaan AS kerana keterlibatan mereka dalam rundingan itu.

Dan Microsoft turut menanggap langkah pentadbiran Trump itu bukti kerajaan Amerika hari ini mementingkan keselamatan dan privasi. Lain macam bodekan dia.

Bila dia buat terus bagus la kan. Itulah Amerika Syarikat.

Tiktok semakin laku

TitTok telah menjadi aplikasi yang sangat cepat naik popularitinya sejak ia berada di pasaran.

Tik Tok dilancarkan pada 2017 yang lalu. Dan kini mereka sudah menempatkan diri mereka sebagai aplikasi ke-7 paling power.

Nak tahu fungsi Tik Tok ni kau follow Akhyar Rashid la. Aku tak reti sangat nak jelaskan.

Twitter jauh ketinggalan di belakang Facebook. Mereka berada di tangga ke-10.

YouTube pula berada di tangga ke-9 di dalam rangking 10 teratas ini.

Namun menariknya, Facebook berada di atas WhatsApp untuk tempat pertama.

Ranking 10 Teratas

Berikut adalah ranking 10 teratas menurut data analitik App Annie.

1. Facebook

2. Facebook Messenger

3. WhatsApp

4. Instagram

5. Snapchat

6. Skyp

7. TikTok

8. UC Browser

9. YouTube

10. Twitter

Bagi Facebook Messenger tu memang la dia akan paling kerap kena download sebab terpaksa download kalau dan ada Facebook kan?

Seterusnya WhatsApp dan Instagram merupakan aplikasi yang berjaya dibeli oleh Mark Zuckerberg sebelum ini.

UC Browser merupakan mesin carian yang tidak diiktiraf oleh USA, tetapi masih berjaya menempatkand dirinya dalam senarai 10 teratas.

UC Browser merupakan laman carian milik Alibaba.

Baca yang lain