Selepas Berminggu Diperlekeh, Yamaha SRT Ungguli Dua Posisi Teratas Sesi Latihan Di Jerez

Kejutan dilakukan oleh pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli. Di mana beliau mencatatkan waktu tepantas pada sesi latihan bebas kedua (FP2) MotoGP Jerez 2020, di litar Jerez, Jumaat.

Mobidelli tampil dengan bergaya sekali. Rakan sepasukannya Fabio Quartararo, juga berada di tempat kedua.

Hasil ujian ini telah menunjukkan dominasi Petronas Yamaha SRT yang memastikan dua pelumbanya pada posisi satu dan dua.

Selepa beberapa minggu menelan ejekan daripada ramai pihak gara gara dikaitkan dengan Rossi, Yamaha SRT ternyata memberikan isyarat mereka juga mampu menghadirkan saingan walaupun ini sekadar latihan.

Beberapa tokoh dalam MotoGP secara terang terangan menganggap Yamaha SRT tidak cukup bagus untuk pelumba veteran itu bagi meneruskan kariernya pada musim hadapan.

Yamaha SRT adalah pasukan satelit. Dan mereka telah berjaya mencuri tumpuan dengan kejayaan membantu beberapa nama baru meningkat naik di arena MotoGP.

Jaguh dan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, yang menguasai FP1, kali ini harus puas menempati posisi keempat. Dia kalah juga dengan Brad Brinder.

Dua pelumba Monster Energy Yamaha mengukir waktu lap yang cukup jauh berbeza. Maverick Vinales di posisi ketujuh, sedangkan seniornya Valentino Rossi di tangga ke-20, di hadapan Alex Marquez.

Kesengitan dan persaingan sesi latihan bebas kedua sudah terasa pada seawal perlumbaan lagi.

Marquez yang menguasai FP1 berada di posisi pertama, mengatasi Alex Rins, dengan catatan 1 minit 39 saat.

Keunggulan Marquez tak bertahan lama. Ini selepas posisi beliau dipints dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Sesi FP2 juga diwarnai insiden. Pelumba Repsol Honda, Alex Marquez, terlibat kemalangan pada pusingan kelapan.

Dia menjadi pelumba pertama tahun ini yang terlibat dalam kemalangan dalam sesi latihan rasmi dalam MotoGP.

Namun pelumba dari  Sepanyol itu baik-baik sahaja dan boleh meneruskan latihan bebas.

Quartararo masih memimpin setelah 15 minit pertama. Beliau disaingi hebat oleh oleh Marquez dan Francesco Bagnaia. Morbidelli berada di tangga ketiga.

Setelah Alex Marquez terjatuh, giliran Marc Marquez juga menyusul terjatuh. Dia terjatuh pertengahan sesi FP2 dan kondisinya juga baik baik sahaja.

Menjelang minit akhir perlumbaan, Morbidelli berjaya memperbaiki catatan dengan pecutan lajunya dan  memintas catatan waktu Quartararo. Dan Brad Binder berpuas hati dengan posisi di tangga ketiga ketiga.

Nampaknya, sesi latihan bebas yang cemerlang buat Yamaha SRT.

Baca yang lain