MacKenzie Scott, bekas isteri kepada bos Amazon kini menjadi wanita terkaya di dunia. Kita semua tahu bekas suami dia merupakan manusia terkaya di dunia pada ketika ini.
Bezos dan isterinya MacKenzie setuju dengan perceraian mereka pada April 2019. Membawa kepada penyelesaian di mahkamah yang melibatkan pampasan bernilai berpuluh puluh billion dollar.
Bezos mengambil 75 peratus sahamnya – $144billion – dalam Amazon, dan memutuskan untuk memberikan MacKenzie, bakinya, 25% ataupun suku daripadanya.
MacKenzie juga diberikan empat peratus saham dalam syarikatnya yang bernilai jutaan dollar.
Mungkin ramai yang menganggap MacKenzie ni pisau cukur. Sebenarnya itu tidak berlaku. Jeff Bezos menyatakan dia tidak ada masalah memberikan bekas isterinya itu wang sebanyak itu.
Ini kerana MacKenzie adalah wanita penting ketika membantunya membangunkan empayar perniagaannya.
MacKenzie dapat hak penceraian yang besar
Selepas bersetuju dengan penceraian dan penyelesaian di mahkamah, Bezos telah memindahkan 25% saham Amazon – mencecah sehingga $38bn – ke dalam nama MacKenzie.
Selepas penyelesaian tersebut, MacKenzie Bezos pada ketika itu menjadi wanita keempat terkaya di dunia.
MacKenzie berikrar akan terus menyumbang kepada kebajikan
Belum pun dia menerima wang itu, MacKenzie pada masa itu telah berjanji untuk memberikan sekurang-kurangnya separuh dari kekayaannya kepada kebajikan.
MacKenzie, yang menikahi Jeff pada tahun 1993, setahun sebelum dia memulakan Amazon dari garajnya di Seattle, mengatakan dia memiliki “sejumlah wang yang tidak sepatutnya dia miliki”.
Ianya merujuk kepada wang yang dia dapat daripada penceraiannya. MacKenzie kemudian menyatakan beliau akan terus beramal kebajikan sehinggalah wang dalam simpanannya habis.
“Terdapat banyak sumber yang kita masing masing dapat keluarkan daripada simpanan untuk dikongsi dengan orang lain – masa, perhatian, ilmu, kesabaran, kreativiti, bakat, usaha, humor, dan rasa belas kasihan.”
“Sebagai tambahan kepada apa sahaja aset yang dimiliki saya, saya menyerahkan sebahagian jumlahnya untuk dikongsi.”
“Pendekatan saya kepada usaha dermawan akan terus dilakukan. Ia mengambil masa dan usaha serta sikap prihatin,”
“Namun saya tidak akan menunggu, saya akan meneruskannya sehinggalah peti besi itu kosong.”
Itulah ikrar MacKenzie kepada Giving Pledge. Satu nisiatif untuk para dermawan yang ditubuhkan oleh pelabur Warren Buffett dan pengasas utama Microsoft, Bill Gates.
Ianya adalah untuk mendorong orang terkaya di dunia agar memberikan komitmen untuk menyerahkan sekurang-kurangnya separuh kekayaan mereka untuk amal.
Walaupun Jeff Bezos menyerahkan sejumlah besar kekayaannya, beliau tetap menjadi individu terkaya di dunia dengan kekayaan $ 118bn selepas penceraian itu.
Bezos belum mendaftar untuk Giving Pledge, namun beliau telah memberikan $2bn, kurang dari 2% kekayaannya, kepada Bezos Day One Fund untuk membantu mereka kehilangan tempat tinggal dan meningkatkan pendidikan untuk anak-anak dalam keluarga berpendapatan rendah.
Bezos telah mengucapkan tahniah kepada bekas isterinya di atas komitmennya kepada Giving Pledge: “MacKenzie akan menjadi luar biasa dan bijaksana dan efektif dalam memberi kepada kebajikan, dan saya bangga dengannya,” katanya.
“Surat beliau sangat cantik. Ayuh dapatkan mereka MacKenzie. ”
MacKenzie is going to be amazing and thoughtful and effective at philanthropy, and I’m proud of her. Her letter is so beautiful. Go get ‘em MacKenzie. https://t.co/S2gLLBQyRQ
— Jeff Bezos (@JeffBezos) May 28, 2019
Kini jadi wanita terkaya di dunia
Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan bersih MacKenzie kini adalah sebanyak AS$68 billion.
Bukan hanya kaya raya, malah Scott juga dikenali sebagai seorang novelis dan dermawan.
Status barunya muncul sebagai wanita paling kaya di dunia, mengatasi Françoise Bettencourt Meyers, pewaris L’Oreal yang menguasai 33% pembuat kosmetik terbesar di dunia dengan nilai bersih $66.8 billion, menurut laporan oleh Bloomberg.
MacKenzie Scott, a novelist and philanthropist who recently divorced Amazon founder Jeff Bezos, is now the wealthiest woman in the world, as stock highs lead to reshuffling of top billionaires. https://t.co/XvmxJAhP2c
— NBC News (@NBCNews) September 2, 2020
Dalam catatan blog pada bulan Julai, Scott mengatakan dia akan menyumbang $1.7 billion kekayaannya tahun lalu kepada beberapa yayasan kebajikan yang berbeza termasuk kesihatan awam dan juga membantu mengurangkan pemanasan global.
Business Insider sebelum ini melaporkan bahawa Scott menambah kekayaannya pada akhir minggu ini apabila nilai saham Amazon bertambah. Di mana pada hari yang sama Jeff Bezos menokok kekayaannya untuk menjadikannya manusia pertama memiliki kekayaan $200 Billion (RM833 billion).
MacKenzie Bezos signs the ”Giving Pledge” following divorce -we need more people like her in this world 🌎…. https://t.co/2LvC4DM6oM
— 👨🏼🍳Chef Rocky🌊#RESIST#BLM#ClimateActionNow‼️ (@chefrocky413) September 3, 2020
Pada tahun 2019, Scott juga menandatangani inisiatif Giving Pledge, yang mendorong orang terkaya di dunia untuk menyumbangkan sebahagian besar kekayaan mereka untuk amal kebajikan.
Hari ini, Scott adalah wanita terkaya dunia dalam senarai Bloomberg dan orang terkaya ke-12 di belakang billionaire yang terkenal termasuk Bill Gates dari Microsoft, Elon Musk dari Tesla, dan Mark Zuckerberg dari Facebook.
Ramai yang berkongsi rasa gembira melihat MacKenzie berjaya menjadi wanita terkaya kerana sikapnya yang dermawan dan berkongsi kekayaan dengan mereka yang memerlukan.