Kira kira dua bulan yang lalu, korang mesti pernah terbaca tentang kisah seorang pelombong, Saniniu Laizer dari Tanzania yang menjadi jutawan selepas menemui batu permata Tanzanite yang berharga.
Dan orang sama menemui satu lagi batu permata berharga tersebut.
Dua batu permata hitam dengan yang kebiruan dengan ketebalan setiap satu adalah masing masing 30 sentimeter dan 10 sentimeter.
Sanuniu Laizer sebelum ini sudah menjual batu permata Tanzanite kepada kerajaan dengan nilai $3.3 juta atapun sekitar RM14 juta.
Dan kini beliau sudah sedia menerima $2 juta lagi daripada batu Tanzanite yang baru beliau temui.
Menjadikan keseluruhannya dalam masa dua bulan ini Saniniu Laizer sudah mendapat $5.3 juta ataupun lebih RM21 juta.
Lelaki berusia 52 tahun itu adalah seorang pelombong keicil-kecilan dari Tanzania yang hidupnya berubah dalam sekelip mata setelah dia secara keseluruhannya sudah menemui empat batu permata yang besar. Dan ianya juga bukan batu permata biasa.
Ia dianggap sebagai salah satu batu permata paling jarang ditemui / rare di dunia, Batu anzanite biasanya dijual antara $300 hingga $600 per karat.
Untuk perbandingan, harga pasaran tanzanite tersebut sekitar $50 juta, sementara KDNK Tanzania sekitar $28 bilion.
Walaupun harganya lebih rendah daripada berlian kerana tidak memiliki kegunaan industri, namun ragam zoisit mineral dan biru ungu dilihat berpotensi menyumbang kepada ekonomi Tanzania.
Batu pertama dari batu ini ditemui pada tahun 1967 dan pada mulanya disebut zoisit biru.
Firma perhiasan popular, Tiffany & Co, yang menyatakan batu yang paling indah yang dijumpai dalam 2,000 tahun kebelakangan ini, memutuskan untuk menjemanakan semula batu itu dengan nama sekarang kerana mereka berpendapat bahawa “biru zoisit” mungkin diucapkan sebagai “bunuh diri (suicide)” dan ini membuatkannya tak laku.
Sejak penemuannya, hampir 40 persen batu permata berharga ini telah diselundup, menyebabkan Tanzania mengambil langkah untuk menstruktur semula sektor perlombongan.
Pada tahun 2017, negara itu mewajibkan syarikat asing memberikan 16 persen saham dalam penjualan batu permata ini kepada pemerintah.
“Kami sekarang bergerak dari situasi di mana para pelombong kecil menyeludup tanzanite, dan sekarang mereka mengikuti prosedur dan membayar pajak dan royalti kepada pemerintah,” kata menteri perlombongan Tanzania, Dotto Biteko.
Batu permata yang dijumpai Saniniu adalah batu tanzanite berharga paling tinggi di negara tersebut yang pernah ditemui.
Ditemui di bukit Mirerani utara, batu-batu itu beratnya 9.27 dan 5.1 kg.
Niat baik Saniniu
Berbeza dengan orang lain, apabila mendapat wang yang menjadikan jutawan segera, ramai mereka di Tanzania akan memikirkan untuk keluar daripada tempat tersebut.
Malah ada yang mahu menetap di negara Eropah dan Amerika Syarikat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.
#UPDATE: A Tanzanian miner who made headlines in June for discovering two rough Tanzanite stones valued at $3.4m sold another one for $2m on Monday morning.
The third discovery by Saniniu Laizer, who is a small-scale miner, weighed 6.3kg. pic.twitter.com/rUiHt1fA9G
— Mowliid Haji Abdi (@MowliidHaji) August 3, 2020
Tetapi Saniniu pula, ketika pertama kali menerima cek daripada permata yang beliau temui, dia mahu terus kekal tinggal di kampungnya kerana mahu membantu masyarakat di situ dengan wang yang dia ada.
Saniniu berkata, beliau mahu menggunakan wang itu untuk menolong masyarakatnya. Beliau masih melombong seperti biasa. Jika dia tak turun melombong, pastinya dia tak bertemu dengan dua lagi batu permata itu.
“Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berhampiran rumah saya.”
“Saya bersyukur kepada Tuhan atas pencapaian ini kerana ini pertama kali mendapat benda macam ini.”
“Ketika saya menjumpai batu ini, saya memberitahu pegawai kerajaan yang menilai batu itu dan hari ini mereka memanggil saya untuk bayaran.”
Laizer sudah menunaikan janjinya. Dia malah memberikan wang kepada mereka yang memerlukan terutama sekali mereka yang tiada wang untuk menyekolahkan anak mereka.
Bercakap kepada Africa News, Laizer mengesahkan dia sudah mulai menunaikan janjinya sebaik sahaja menerima wang itu.
Saniniu Laizer sells a Tanzanite stone for $2 million (£1.5m), months after a similar find.https://t.co/QljotkFWmB
— BBC News India (@BBCIndia) August 4, 2020
Beliau berkata: “Dengan wang yang saya terima, saya akan beri balik kepada masyarakat saya. Secara peribadi, saya sudah mulai membina 2 buah sekolah daripada wang tersebut.”
Menurut laporan yang sama, Saniniu Laizer ada 4 orang isteri dan 30 anak. Laizer menegaskan beliau tidak akan mengubah cara hidupnya dengan drastik. Beliau akan tetap meraikan kejayaannya itu dengan orang kampungnya.
Dan sudah berjanji akan mengorbankan seekor lembu untuk keraiaan. Beliau kini sudah memiliki kira kira 2,000 ekor lembu.