Entah apa yang sedang ada dalam kepala hotak pemain Sulawesi Utara United Patrich Wanggai ketika dia tiba-tiba menunjukkan gesture mencekik beburungnya ketikaperlawanan menentang Dewa United dalam saingan Liga Indonesia.
Dia memberikan reaksi mengejutkan tersebut ketika siaran langsung dan ternyata tindakan itu membuatkan netizen marah.
Ini kerana ianya tidak sepatutnya berlaku. Kalau ye pun Wangai marah dengan kritikan dan cemuhan ke atasnya ketika perlawanan, dia boleh memilih cara lain lain yang lebih senonoh daripada menunjukkan alat sulitnya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wibawa Mukti itu, Wanggai dirakam kamera menunjukkan kemaluannya ke arah penonton ketika perlawanan antara Sulawesi Utara United dan Dewa United.
Wangai melakukan perkara tersebut ketika dikeluarkan. Dia dengan muka selamber menunjukkan aksi tersebut membuatkan pengulas perlawanan pun tergamam dan hilang kata kata.
Kedua-dua pasukan bertarung dalam aksi lapan terakhir Kumpulan Y Liga 2. Walaupun bekas pemain Garuda U-23 itu tidak membuka seluarnya, dia ternyata dengan jelas memegang kemaluannya dengan kedua-dua belah tangan ketika keluar dari padang.
Wangai dikatakan bertindak begitu kerana komen kritikan dan kecaman yang dia sering terima di media sosial. Lalu pemain berusia 33 tahun itu membalasnya dengan tindakan tersebut.
Ramai netizen terus menghentamnya di media sosial dan menghantar mesej peribadi ke instagramnya.
Beberapa page peminat bola sepak juga kecewa dengan keraian kont** oleh Wangai itu,
Namun selepas dikecam kerana tindakannya, Wangai menuduh netizen yang menghentamnya sebagai binatang.
Wangai menulis: “Lawak liga +62 [kod telefon antarabangsa Indonesia] dah mula bertindak. Ramai dah menyampah nampak. Mari tambah lagi komen. Tak banyak lagi ni,” tulis Wanggai dalam Insta story-nya.
“Maaf, manusia tidak berdebat dengan haiwan. Hanya perbanyakkan lagi DM korang sampai keriput jari korang tu.”
Kontroversi juga ditambah lagi apabila jurulatih Sulawesi United, Ricky Nelson telah menyerang pemain Dewa United pada minit ke-77 dan membuatkannya dilayangkan kad merah.
Tamat perlawanan Dewa United menang ke atas Sulawesi United.
Wangai dianggap sebagai salah satu bakat yang luar biasa di Indonesia ketika berada di peak terbaik beliau satu ketika dahulu.