Selepas De Bruyne Dan Ederson, Giliran Julian Alvarez Beritahu Man City Dia Mahu Angkat Kaki

Pemain penyerang Manchester City, Julian Alvarez mahu meninggalkan kelab itu. Julian Alvarez dikatakan mahu mencari minit permainan lebih banyak di tempat lain.

Pada ketika ini dia masih pilihan kedua di belakang Erling Haaland. Alvarez yang merupakan pemain kebangsaan Argentina mahu mencari kelab yang boleh menjamin masa bermain untuknya.

Pada akhir musim lalu, Man City dilaporkan menawarkan lanjutan kontrak untuk Julian Alvarez. Namun ditolak oleh pemain itu.

Dia berharap kelab menetapkan harga yang masuk akal untuknya. Agar ada kelab lain sedia membayar yuran perpindahan tersebut.

Julian Alvarez dianggap pemain penting untuk squad depth Pep Guardiola. Dia sentiasa memberikan impak apabila diperlukan.

Polisi Pep Guardiola selama ini adalah, dia tak akan menghalang mana mana pemain yang mahu pergi. Adakah dia akan sedia untuk melepaskan Julian Alvarez? Dan mencari pemain pengganti untuk mengisi tempat yang akan ditinggalkan pemain antarabangsa Argentina itu.

Julian Alvarez yang merupakan pemenang Piala Dunia bersama Argentina kini berpeluang untuk menambah satu lagi koleksi piala antarabangsanya apabila Argentina menentang Colombia dalam final Copa America 2024.

Julian Alvarez menjadi pemain ketiga yang mahu meninggalkan Manchester City selepas Kevin Da Bruyne dan Ederson yang turut dilaporkan berminat untuk menyertai kelab di Arab Saudi.

De Bruyne menjadi sasaran kepada Al Ittihad dan Al Nassr. Dengan pemain itu sedia untuk mengadakan pertemuan dengan wakil daripada kedua dua kelab tersebut dalam masa terdekat.

Dia masih menunggu lampu hijau daripada Manchester City untuk berbuat demikian. Sementara Ederson juga mahu menyertai Al Nassr. Pemain tersebut tertarik dengan pakej gaji luar biasa ditawarkan kelab itu.

Namun buat masa ini, Man City masih bertenang dalam perkara tersebut.