Selepas Dibersihkan CAS, Tiba Tiba Pep Guardiola Mahukan Alexis Sanchez Selepas Dulu Gagal Bersatu

Sebelum musim 2017/2018, Alexis Sanchez dicanangan bakal bergabung kembali dengan mantan pengurusnya di Barcelona, Pep Guardiola di Etihad.

Namun, perjanjian itu gagal selepas Jose Mourinho meminta Ed Woodward menyailang perjanjian itu.

United menawarkan gaji yang sangat tinggi sedangkan Man City tak mahu membayarnya lebih daripada £350 ribu seminggu seperti yang dimintanya di Arsenal.

Pep Guardiola memujuk Sanchez menyertainya di City. Namun Ed Woodward ada plan luar biasa. Beliau menawarkan gaji yang mencecah £550 ribu seminggu jika kesemua bonus dicapai. Paling koman Alexis dapat pun dalam £400 ribu seminggu.

Tidak cukup dengan itu, Man United menawarkan £8 juta bonus atas tandatangan. Jika dia sign dengan United dia akan dapat bonus tu selaku free agent.

Lebih menarik United menawarkan Henrik Mkhitaryan sebagai tukaran. Pemain yang membantu mereka memenangi UEL musim sebelumnya dan dalam form yang baik.

United tidak seperti City yang mahu menunggu Sanchez benar benar free agent. Mereka mahukan Sanchez segera. Lalu pemain itu ke Old Trafford dan Guardiola hanya mampu mengucap tahniah.

Dan sebelum ini Guardiola turut menyatakan mereka mana ada banyak duit nak beli pemain macam United.

Namun sejak menyertai United, aksi bermain piano Alexis Sanchez lebih diingati berbanding aksi di atas padang. Beliau berdepan dengan krisis prestasi, keyakinan diri dan kecederaan.

Sampai satu ketika Jose Mourinho mengesyaki Alexis berpura pura cedera. “Tanya dia, dia cakap dia cedera, so dia cederalah,” tegas Mourinho.

Kemasukkan Ole Gunnar Solskjaer awalnya dianggap peluang terbaik Alexis bangkit.

Namun lebih teruk, Ole telah mengeluarkan nama Sanchez dan memujuk kelab untuk membayar sebahagian gajinya jika pemain itu dipinjamkan ke tempat lain.

Inter Milan yang tertarik dengan tawaran itu datang mendapatkan Sanchez selepas Lukaku.

Namun sehingga ke hari ini United masih mencari pembeli tetap pemain itu. Sanchez pula mahukan gaji yang sama jika beliau berpindah.

Itu telah menyukarkan keadaan.

Dan kini, Man City tiba tiba berminat dengan Sanchez. Hanya beberapa hari selepas mereka disahkan bebas daripada hukuman FFP.

City bukan satu satunya pasukan mahukan Sanchez, kerana Inter pun dilihat mahu pemain itu kekal dengan syarat Sanchez menerima pemotongan gaji.

Menyedari rundingan Sanchez dengan Inter agak sukar, Man City masuk line. City dikatakan ada wang sebanyak £170 juta untuk dibelanjakan sebaik sahaja disucikan oleh CAS.

Akhbar La Cuarta menyatakan City memiliki peluang lebih baik berbanding Inter. Jika mereka benar benar serius mahukan Sanchez.

United pula hanya meminta £20 juta untuk pemain yang mereka tak kehendaki itu bagi membantu dana membawa Jadon Sancho.

Paling penting struktur gaji Sanchez itu akan dikeluarkan jika pemain itu dijual. Ia membolehkan United menawarkan gaji tinggi kepada Sancho.

Pengarah Eksekutif Inter, Giuseppe Marotta menegaskan beliau tak mahu membincangkan soal Alexis Sanchez, kerana bukan harta mereka.

Namun Inter Milan ada nilai tersendiri untuk ditawarkan kepada Sanchez. Jika pemain itu tak setuju maka mereka terpaksa mengalah.

Cuma ketika ini, Antonio Conte dilaporkan terdesak mahu Sanchez kekal kerana menjangkakan mereka bakal kehilangan Lautaro Martinez.