Selepas Diceraikan Bini, Dani Alves Kantoi Terlibat Skim Dblend Dalam Penjara

Bekas bintang Barcelona Dani Alves mendapati dirinya dalam satu lagi kontroversi semasa pemenjaraannya yang berterusan di penjara Sepanyol.

Sebelum ini Dani Alves diceraikan isterinya menerusi Instagram.

Dan kini laman web Sepanyol El Caso melaporkan bahawa Alves, yang ditahan dua bulan lalu atas tuduhan merogol, kini berada di tengah-tengah skim rokok haram di dalam penjara.

Menurut sumber dari Catalonia, Alves didakwa sebagai pivot ataupun jerung besar operasi di dalam penjara Brians I.

Bekas bek kanan itu bekerja dengan salah seorang banduan, yang bebas bergerak di sekitar penjara itu untuk mengumpul baju Barcelona.

Dani Alves telah dinafikan ikat jamin dan akan kekal dalam penjara kerana kesnya berhubung dakwaan serangan seksual, mahkamah Sepanyol memutuskan pada hari Selasa lalu.

Jersi Barcelona dibawa ke Dani Alves untuk ditandatanganinya. Jersi itu kemudian dipercayai boleh dijual di laman seperti ebay ataupun pasaran barangan kolektor.

Jersi jersi ini dibeli di luar oleh keluarga banduan. Dan diserahkan kepada seorang banduan yang menjadi orang tengah operasi itu. Banduan tersebut sudah diberikan kepercayaan oleh polis di sana.

Dani Alves kemudian meminta ganjaran rokok daripada tandatangan yang telah diturunkannya itu.

Kerana dia tak mahu putus stok dblend.

Walaupun dipenjarakan, Alves telah cuba mengekalkan kecergasan fizikalnya dan cintakan sukan yang digelar permainan indah itu dengan melibatkan diri dalam permainan bola sepak bersama banduan lain.

Dia dilaporkan telah mengajak banduan banduan di situ melakukan aktiviti senaman. Dia juga memberikan contoh positif dengan bangun awal pagi dan terus bersenam.

Bagaimanapun, pendedahan baharu ini boleh merumitkan lagi keadaan pemain Brazil itu. Kerana dia sendiri tidak menjaga kesihatannya.

Jika didapati bahawa Alves telah mendapat manfaat dalam apa jua cara daripada skim ini, dia boleh menghadapi tuduhan baharu daripada mahkamah Sepanyol.

Kemasukan sejumlah besar baju Barcelona ke dalam penjara telah menarik perhatian pegawai, yang kini sedang menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

Ia masih belum dapat disahkan sama ada Dani Alves akan menghadapi sebarang kesan undang-undang akibat perkembangan terbaru ini.

Walaupun Alves tetap tidak bersalah berhubung dakwaan rogol, kontroversi terbaru ini berpotensi merosakkan reputasinya di Sepanyol. Terutama sekali dia adalah banduan warga asing.

Pemain Brazil itu telah berada dalam tahanan sejak 20 Januari dan sedang menunggu perbicaraan. Mahkamah mengarahkan tahanan tanpa ikat jamin itu untuk mengelak Alves melarikan diri pulang ke Brazil.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.