Tindakan Brazil menggugurkan Antony dari pasukan kebangsaan mereka dilaporkan telah memberikan tekanan kepada Man United pada masa ini.
Di mana kelab itu juga harus memutuskan sama ada mereka harus menggugurkan Antony buat sementara waktu atau sebaliknya?
π¨ ππ₯πππππ‘π: Brazil have removed Antony from the national squad:
βοΈ "In light of the facts which came to light on Monday (04/09) concerning Manchester United player Antony, which must be investigated, and in order to safeguard the alleged victim, the player, theβ¦ pic.twitter.com/JchsqsmDLR
β Football Tweet β½ξ¨ (@Football__Tweet) September 4, 2023
Antony disiasat atas tuduhan keganasan rumah tangga yang melibatkan serangan fizikal, ancaman bunuh serta tindakan memudaratkan mangsanya.
Bekas teman wanitanya, Gabriela Cavallini, seorang DJ dan juga pempengaruh media sosial telah membuat laporan polis ke atas Antony.
Cavallin turut memuat naik gambar kecederaan yang didakwa akibat daripada serangan ganas Antony termasuk jarinya yang cedera dihiris dnegan kaca.
Antony sudah menafikan kesemua dakwaan itu dan nekad mahu membersihkan namanya.
Antony menjelaskan bahawa hubungan dia dengan Gabriela Cavallin sangat toksik kerana kedua dua mereka sering memaki hamun. Namun Antony menyatakan dia tidak pernah sampai ke tahap di mana dia menyerang wanita itu secara fizikal.
Antony sudah berhubung dengan pihak peguamnya dan tidak akan memberikan komen lebih lanjut buat masa ini.
The Telegraph sudah mengubungi Man United untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Dilaporkan Man United hanya memberitahu bahawa mereka buat masa ini hanya mampu memantau dahulu keadaan. Dan tidak mahu memberikan komen lanjut.
Man United kini perlu memutuskan sama ada mereka akan menggantung Antony atau tak sepanjang tempoh siasatan yang dibuat ke atasnya, sebagaimana mereka mengambil tindakan tersebut ke atas Mason Greenwood.
π¨ Manchester United are under pressure to drop Antony after Brazil withdrew the footballer from their squad following serious allegations of physical assault and the claim that the player threatened to kill his ex-partner and attacked her with a glass.
(Source: @guardian) pic.twitter.com/abJYrsPoq5
β Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 5, 2023
Sebelum ini Greenwood pernah digantung daripada tugasan kerana siasatan kes keganasan domestik.
Selepas Greenwood digugurkan daripada pertuduhan atas permintaan mangsa yang juga teman wanitanya, Man United melanjutkan penggantungan ke atas pemain itu untuk memberikan ruang kepada kelab melakukan siasatan dalaman.
United akhirnya memutuskan untuk menggugurkan nama Greenwood daripada pasukan musim ini. Pemain itu menyertai Getafe secara pinjaman dan boleh kembali semula ke United pada musim hadapan.
Antony menjadi pemain yang sangat cemerlang ketika di Ajax. Membuatkan Man United sanggup membayar sekitar β¬100 juta untuk penggempur Brazil itu.
Namun sejak tiba di United, dia gagal untuk menepati tanda harga itu walaupun debut yang sangat mengujakan.